Friday, April 29, 2011

cuti oh cuti



Assalamualaikum :) tak ade keje nak buat setakat ni. So, buat mase ni jadi surirumah and habiskan masa dengan online. bile dah berblog ni, maka terlintas lah aku nak bace post yang lepas. Macam tak percaya pun ade gak. Ada beberapa post yang aku speaking. WOW! :P And ade gak post yang emo. EM. tapi tu biasalah lah kot. Berblog untuk meluahkan ape yang terbuku dihati. Lebih baik luahkan daripada terus pendam, nanti sendiri yang merana, kan?

Okay. Sepanjang 'percutian' aku kat rumah ni, ade macam-macam perkara berlaku. Aku nak berkisar tentang bunuh diri a.k.a suicide. Ya Allah. Aku terasa sedih bila ade kalangan umat Islam mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dunia dengan bunuh diri. HEYY! It's not gonna change anything okay? Itu hanya akan menambahkan masalah je. Contohnya, kalau orang yang membunuh diri tu adalah ketua keluarga, lepas dia mati, siapa yang nak tanggung anak bini dia? Siapa yang nak bagi makan kt diorang semua tu? Kalau isteri dia berkerjaya, ade pendapatan sendiri, mungkin tak pe lah. Tapi kesian gak kt anak-anaknye. Terpaksa menghadapi stigma 'negatif' masyarakat.

Kenapa begitu lemahnya iman sampai sanggup membunuh diri? Aku rasa sedih bila perkara macam ni terjadi. Aku tulis entry ni pun ada sebab. Kat kawasan perumahan aku ni, dah ade dua kes nak membunuh diri. Tapi kedua-dua berjaya diselamatkan. Haissh. Dua-dua melayu yang beragama Islam. Kita sebagai orang luar ni mungkin tak tahu and tak faham apa masalah yang si pelaku hadapi. Mungkin masalah rumah tangga? Kewangan? Dan sebagainya.. Walau teruk manapun masalah yang menimpa, pasti ade jalan penyelesaiannya. Perkara tersebut mungkin boleh dibawa berbincang sesama ahli keluarga. Lupakah si pelaku terhadap Penciptanya? Aku mungkin tak layak untuk membicarakan tentang perihal ilmu agama. Tapi yang penting, sentiasalah kita beringat-ingat kepada Pencipta kita. Kerana dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. The end.

Next, sedang berFB, aku ternampak satu link ni. Tunggu punya tunggu untuk loading, rupa-rupanya Apiz punya blog. Wah! Speaking gitu ye! :D Baguslah macam tu. :)

Oh ya! Hampir terlupaa! :D Tahniah kepada junior-junior yang berjaya menempatkan diri ke Matrikulasi. Good Luck jika anda memilih matrikulasi. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...