Monday, November 14, 2011

11.11.11

Assalamualaikum. Aku telah kehilangan seorang atok yang sangat periang and baik. Tanggal 11.11.11, atok aku, Md Yatim bin Suleiman pergi meninggalkan isteri, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Sudah tiba masanya untuk arwah bertemu dengan Penciptanya.

Kebetulan aku tengah cuti midsem seminggu. so, aku ade kat rumah. Balik je, aku dikhabarkan dengan berita atok yang tak sihat. Sudah terlantar kat hospital, tak mampu bercakap, hanya mampu minum susu yang dimasukkan lalu tiub je. Hari pertama aku jejakkan kaki ke hospital untuk melawat arwah ialah hari sabtu, sehari selepas kepulangan ku ke bumi JB. Aku sebak tengok keadaan arwah yang makin kurus, pipinya yang cengkung. Sampai suatu saat aku tak dapat menahan air mata. Aku mengalirkan air mata di luar wad. Walaupun nampak kurus, tapi sebenarnya badan arwah bengkak  sebab edema. Bila aku pegang tgn arwah, aku dapat rasakan keadaan tersebut. Mula-mula aku takut nak pegang arwah sebab takut akan mencederakannya. Tapi aku gagahkan diri jugak.

Hari kedua aku melawat arwah kat hospital. Hari Ahad. Hari Raya Aidiladha. Keadaan arwah tetap sama. cuma kali ini lebih baik berbanding semalam. Arwah buka mata hari ni. Lihat setiap seorang yang datang melawat beliau. Aku masih ingat lagi pandangan mata arwah. Aku usap-usap tangan arwah.

Hari seterusnya, Isnin. Aku pergi lagi ke hospital. Kali ni pergi lagi awal dari semalam. Tapi entah kenapa aku tak sedap badan. Aku demam. So, aku telan je 2 biji panadol. Then doktor datang. Nak masukkan insulin. Masa tu doktor palpate/ percused tangan arwah untuk cari urat dan tiba- tiba, terpancut darah keluar dari tangan arwah. Gelabah doktor jadinya. Kiteorang yang ade kat situ pun terkejut.

Tak silap aku, hari selasa atok aku dah dibenarkan pulang. Selasa dengan rabu aku tak pergi tengok arwah. Aku pergi hari khamis. Masa tu, Mak Unggal, Pak Long, Pak Ngah dengan family masing- masing ada. Aku duduk kat satu sudut. Aku ternampak muka kakak sedara aku yang tak bermaya. Macam baru lepas nangis. Macam- macam aku fikir. Hati aku ni tisu. Aku tak kuat. Lepas tu aku nampak kakak sedara aku peluk arwah yang terbaring. Peluk erat- erat. Sebak aku tengok. Nangis lagi aku. Arwah dah tak macam semalam. Hati ni terlantar je. Mata pun dah tak nampak agaknya. Nafas pun bunyi kuat. Malam tu arwah buang air besar dalam pampers. Oleh sebab arwah terbaring atas katil bujang, dan bukan macam katil hospital, maka proses pembersihan itu agak sukar dilakukan. Kesian arwah. Aku nampak muka arwah berkerut tahan sakit. Aku dangan kakak sedara aku (nurse juga), bersihkan najis arwah. dan mungkin kerana pakai pampers lama sgt dan terbaring, kulit arwah melecit dan luka. Aku dengan kakak sedara aku tolong sapukan ubat. Abah, dengan bapak saudara aku aku, tolong posisikan arwah. Lepas tukar pampers, arwah tidur. Aku dengan family balik dekat pukul 12 tengah malam.

Esoknya, 11.11.11, dalam lingkungan pukul 11, abah call mak. Atok dah tak de. :( aku macam tak percaya sebab baru je semalam tukar kan pamper arwah. serius. Sehinggalah kami menjejakkan kaki ke dalam rumah arwah. Aku nampak sekujur tubuh terbaring kaku. Dilitupi dengan kain batik lepas and kain putih. Keliling katil arwah, orang baca Yaasin. Air mata aku gugur lagi. Aduh! tak baik nangis depan arwah. Tapi aku tak tahan. Aku ikut utk bacakan Yaasin utk arwah. Oleh kerana arwah meninggal hari jumaat, urusan memandi and kafan dilakukan selepas solat Jumaat. Dalam pukul 2.30 arwah dibawa ke masjid utk dimandikan dan dikafankan. Dah selesai dikafankan, waris arwah diberi pelunag untuk mencium arwah buat kali terakhir. Putih suci muka arwah. Solat jenazah dilakukan lepas solat Asar. Lepas tu, kami mengiringi van jenzah ke tanah perkuburan. Kami tunggu sehingga semua selesai dilakukan. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat. AL- FATIHAH.


kenangan arwah bersama isteri tercinta pada raya Aidilfitri yg lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...