Wednesday, November 28, 2012

makan!

Assalamualaikum. Sekarang pukul  5.46 a.m. Kat bumi Puncak Alam ni baru je azan. Sejak kebelakangan ni aku tidur sangat awal, dalam pukul 12 tengah malam. Eh? Awal ke tu? haha. Then bila tidur awal maka bangun pun awal. :)

Ok, maju ke tajuk sebenar. Hujung minggu lepas, aku balik ke JB atas sebab- sebab tertentu. Dan hari Ahad sangat best sebab dapat makan dan makan dan makan! HAHA! Dimulakan dengan pagi hari, bersarapan roti canai dengan milo ais. Thumbs up! Sebab dah lama tak makan roti canai. Kesian kan? :P

Seterusnya tengah hari, kami sekeluarga pergi makan Nasi Ambang kat Medan Selera Bandar Baru Uda. Sedap! Ni pun nak bagi thumbs up! hehe. Untuk pengetahuan, Nasi Ambang kat sini popular jugak lah bagi orang- orang kat JB. Banyak kali juga lah kami dah makan kat sini. Nak beli memang beratur sebab ramai orang. Kalau terlambat memang selamat tinggallah. Habis! Dan air aku order durian belanda blended. Sangat sedap sebab memang fresh daripada buah sebenar. Nasi Ambangnya aku tak sempat nak snap. Mungkin sebab excited sangat nak makan? HAHA. Yang sempat snap ni je, durian belanda blended.


Petang lepas Zohor, aku dapat undangan untuk keluar bersama Encik M. Makan lagi. Hehe! Kali ni kami pergi ke Larkin, berhampiran dengan Balai Bomba untuk makan kacang pool! Ni kali kedua aku pergi ke sini. Sebelum ni aku pergi dengan keluarga dan masa tu abah yang makan kacang pool ni. Abah ada offer kat aku, tapi aku tak nak. Bila dah kat Puncak Alam, teringat pulak nak makan ni. haha. so, konklusinya jangan menolak. :P Selama 20 tahun aku hidup kat JB ni, ni first time aku makan kacang pool. Kesian tak? LOL.  







Kami berdua makan kacang pool, untuk air, Encik M order air bandung kot, kalau tak silap lah. Dan aku, ABC. Mengundang kelaparan bila update pasal makanan ni kan. hehe. seperti yang boleh dilihat, kacang pool ni adalah roti bakar yang dimakan bersama kuah daging + telur + bawang + cili + perahan limau. Cara makan, simple je, cicah roti tu dengan kuah, Tapi aku tak perah pun limau tu. Kenapa eh? Ok, abaikan. Macam mana dapat dapat nama kacang pool? Aku pun tak tahu. Mungkin ada sedikit ramuan kekacang dalam kuah tersebut dan pool pula disebabkan kuah untuk roti berenang- renang? Mungkin? :D
Waktu malam ingatkan dah tak nak makan sebab rasa macam dah banyak sangat makan. Tapi abah offer makan kat luar lagi sebab mak tak sihat, tak dapat masak. Malam tu kami sekeluarga makan kat restoran berhampiran rumah je, senang lepas kenyang terus balik nak tidur? Eh, jangan. Tak lah macam tu. hehe. Mungkin ini boleh dikategorikan sebagai late dinner? Aku makan Kuey Tiow Hailam, all time favourite. Dan fresh orange.

Hari tu sahaja yang makan luar banyak kali. Kalau tiap- tiap hari macam ni, kopaklah abah aku. So, aku ada chance tak ganti Iqram kat JJCM? LOL.

Dan boleh bayangkan tak berapa tahap kalori, gula dan sebagainya yang aku dah ambil? >,< lepas ni kene diet, diet, DIET. <---- i="i">ok, biggest lie ever
. HAHA
Hari Isnin aku dah pun bertolak kembali pulang ke Puncak. Oleh kerana semua kerja, maka Encik M yang sedang cuti sem, kenelah hantar aku. :D Hantar aku naik bas dekat Larkin.


Till we meet again. :')
Assalamualaikum. 

2 comments:

  1. Makan banyak tapi tak gemuk, no worries at all :D

    ReplyDelete
  2. banyak lah! gained weight already! haha. seriously. :|
    tp boleh tak nak cakap malas nak fikir pasal berat badan ni? Lol. nanti xdpt pakai bju yg nak, membebel. hahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...