Assalamualaikum. 11.11.2012 genap setahun pemergian arwah Tok Bak. Dan tanggal 25.11.12, aku telah kehilangan seorang bapa saudara, Pak Long.
Dikejutkan pada pukul 4.00 pagi, aku terpinga- pinga. Jam 5.00 pagi, aku sekeluarga terus bergegas ke rumah arwah di Johor Jaya. Sampainya disana, aku nampak sekujur tubuh yang kaku di ruang tamu, dikelilingi bacaan Surah Yaasin. Anak tunggal arwah menangis, dan aku nampak Mak Long. Beliau nampak tenang tapi dalam hati yang terbuku, hanya Allah sahaja yang tahu. Aku cuba jadi kuat, cuba untuk menahan air mata. Dan aku berjaya. Bacaan Yaasin diteruskan.
Jam 9.00 pagi, arwah dibawa ke surau di hadapan rumah untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan. Aku melihat waktu arwah dikafankan. Dan pada waktu ini, aku tak kuat, aku cuba untuk menahan air mata, tapi aku gagal! Air mata aku mengalir dengan deras tatkala aku nampak arwah dikafankan. Cepat- cepat aku mengesat air mata. Tidak elok menangis di hadapan arwah. Selesai, arwah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Mount Austin.
Perasaan yang sungguh berbeza ketika praktikal di hospital dan ketika pemergian saudara mara terdekat. Lain situasi, maka lain perasaannya. Kat hospital, dah dua atau tiga kali aku uruskan pesakit yang dah meninggal dunia untuk ke last office. Tapi, bila saudara mara kita yang pergi, hati ini jadi sayu. Sungguh!
Al- Fatihah kepada Arwah Pak Long, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang- orang yang beriman. Amin...
No comments:
Post a Comment