Friday, November 16, 2012

special post

Baru balik dari minum Coolblog. :P

Assalamualaikum. Apa seh motif nak cakap baru lepas minum Coolblog? haha. Ok. Ni special post untuk Feyza Zaid. Beliau mahu aku update blog yang dah uzur, usang lagi bersawang ni. Ihiks. Masa awal- awal sem banyak betul kelas batal, maka kami pun hoorey- hoorey. Dan bila dah hujung- hujung sem ni, makin banyak pulak kelas gantinya.

                                                      -____________________-''

Ok, sekali lagi, apa motif nak cakap pasal kelas ni? Saja nak share, kelas petang tadi aku sangat mengantuk. Maka aku pun melukis Mr Humpty Dumpty with smiling eyes. Hang ada? hahah!



Lately has been busy with tests, assignments and the activities! So my dear Feyza, I'm sorry for the late post. wuwuww

Kali ni nak share pengalaman pasal student life. ehh? Boleh je lah. Hak menulis, hak saya! haha.
Seperti yang ingin ku katakan, ini hanya lah pendapat peribadi. Mohon jangan ada yang terasa ye.

Anda pernah rasa stress sebagai seorang pelajar? Anda rasa hidup anda terlalu sibuk dengan aktiviti dan sebagainya? Saya pun pernah rasa macam tu.. hmm. Izinkan saya teruskan dengan menggunakan perkataan 'aku,kau'

Pada aku, aku seorang yang simple. Dan aku tak suka bebankan fikiran aku dengan masalah remeh temeh. Contoh bila aku tengah stress, kecewa or sebagainya masa hadapi sesuatu masalah, dan bila masalah itu dah selesai, aku anggap di situ noktahnya. Dan aku tak suka nak berdendam atau gaduh dengan sesiapa. Adakah aku terlalu baik?

Aku kecewa bila ada sesuatu program, nanti mula lah ada pihak yang tak berpuas hati. Mungkin perasaan tak puas hati tu patut ada, tapi kita bolehkan salurkan pada saluran yang betul? Aku kurang suka, memang tak suka sebenarnya jenis- jenis yang cakap belakang. Lagi stress bila aku yang TERPAKSA jadi orang tengah. Aku, aku berada di tengah- tengah. Tak mahu sokong sesiapa. Sebab aku rasa benda- benda macam ni patut di bawa berbincang. Aku, aku cuma nak berkawan dengan semua, itu prinsip aku. Aku tak nak bergaduh berdendam sesama sendiri. Come on lah. Masing- masing dah besar kan. Pernah satu masa, aku rasa sangat stress. Stress yang teramat. Aku cuma harap masing- masing faham. Cubalah berada di situasi aku. Aku bukan nak jadi everybody' favourite. Aku cuma berkawan dengan semua tanpa perlu ada dendam. Dan masa tu, bila dah stress sangat, aku nangis tak henti. Tak henti. Syukurlah aku masih ada Allah dan orang- orang yang aku sayang yang sentiasa sokong aku.

eerrr, faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? aherrr. kalau tak faham, leave a comment please. :P

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...