Tuesday, December 11, 2012

pengalaman

Al Fatihah kepada Allahyarham Md Yatim bin Sulaiman.

Assalamualaikum wahai sahabat. :)
Rasanya dah lama tak update blog usang ni. (ayat common untuk orang yang jarang update blog macam aku. HAHA) Untuk pengetahuan kalian, kini saya sedang menjalani latihan praktikal di beberapa buah hospital di sekitar Selangor. Okay, ayat skema habis macam nak jawab SPM. XD

Saje nak kongsi dengan kalian pasal pengalaman. Macam- macam pengalaman yang boleh kita timba kalau kita bijak mengambil peluang dalam hidup ini. Dan pengalaman yang ingin aku kongsikan ialah pengalaman aku berpraktikal di hospital.

Secara jujurnya aku tak pernah terlintas untuk satu hari nanti memakai uniform yang aku pakai sekarang. Cuma memang dari dulu niatkan untuk bekerja di hospital. Jawapan yang acap kali aku berikan apabila ditanya tentang masa depan atau cita- cita.

Semester 3. Tahun kedua. Tag berwarna biru. Dan semakin banyak yang dipelajari serta semakin besar tanggungjawab. Minggu ni merupakan minggu ketiga aku berpraktikal. Dan kali ni aku berpraktikal di HTAR. Tak tahu apa itu HTAR? Mungkin boleh minta bantuan encik Google? HAHA. Ok, mari aku mudahkan sikit, HTAR tu sinonim dengan hospital klang. hehe. Minggu ni aku masuk wad orthopedik perempuan. Dalam wad tu jugak ada sedikit campur dengan kes dental. 

Tadi kali pertama aku mengambil peluang untuk memberi pesakit minum susu melalui tiub. Aku bancuh susu mengikut sukatan yang diberikan, aku sediakan troli dan peralatan untuk bagi pesakit minum susu melalui tiub. Tiba masanya untuk aku lakukan tanggungjawab aku, sambil diperhatikan oleh clinical intructor yang menjaga kami. Sebelum ni aku dah dua kali tengok bagaimana kawan- kawan aku lakukan dan mungkin aku sudah boleh sesuaikan diri.

Andai ada yang aku kurang pasti, aku akan bertanya Puan. Dan bila hampir selesai prosedur itu, Puan puji aku, selesa melihat cara aku memberi pesakit minum susu. Aku tidak berniat sama sekali untuk menjadi riak. Maafkan aku. Bila Puan cakap macam tu, tiba- tiba hati aku jadi sebak. Aku teringatkan seseorang. Kenapa aku boleh buat dengan selesa?

Sebab sebelum ni aku pernah nampak pak cik aku bagi minum susu untuk arwah tok bak dengan cara yang sama. Dan aku hampir menangis kat wad bila aku fikirkan balik.

Bila fikirkan prosedur Dextrose test dengan insulin injection, hati aku makin jadi sebak. Sebab apa? Apa? Sebab aku teringatkan arwah tok bak. Semua ni arwah tok bak ada. Cuma aku tak sempat lakukan untuk arwah! :'( Allahuakbar..

Semasa hayatnya, waktu aku masih bersekolah menengah, aku ingat lagi. Pernah sekali aku bagi insulin injection untuk arwah. Itupun lepas abah yang ajak. Lepas tu tak pernah lagi aku buat, sehinggalah aku berpraktikal di wad.

Dan sewaktu di akhir hayat arwah, arwah terpaksa pakai Ryle's tube. Arwah dah tak mampu nak makan seperti biasa. Dan yang memberi susu kepada arwah ialah pak cik ku. Teringin ku untuk memberi susu kepadanya cuma tak berkesempatan. Ketika itu, aku masih berada dalam semester 1. Masih belum menjalani praktikal di hospital. Cuma menunggu waktu ketika itu. Aku hampir putus asa, patah semangat untuk berpraktikal di hospital sebab aku bimbang aku tak dapat buat yang terbaik. Aku bimbang untuk menghadapi situasi di hospital.

Beberapa minggu sebelum aku masuk praktikal untuk semester 1. Berada di rumah pak cik ku. Malam. Keadaan arwah nampak sangat tenat. Malam itu, aku tukar pampers arwah dengan salah seorang kakak saudaraku. Kali pertama! Ya, itu kali pertama aku tukar pampers! Aku buat ikut cara yang telah aku belajar. Dan untuk pengetahuan, arwah sumber kekuatanku pada waktu itu! Perasaan takut untuk berpraktikal hilang. Aku mendapat kekuatan untuk meneruskan pengajian aku. Dan keesokkan paginya, aku sekeluarga dapat berita pemergian Arwah ke Rahmatullah..

Allahuakbar. Baru malam tadi aku salinkan pampers arwah dan esoknya arwah telah pergi meninggalkan kami.. :'(

Ah, aku tak patut menangis di saat aku menulis entry ini. Sepatutnya aku harus sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah. Tapi adakalanya aku memang tak kuat. Balik lepas praktikal hari ni, terus aku mesej abah dangan mak. Cakap aku teringatkan arwah tok bak lepas buat prosedur kat hospital. Dan aku terus menangis di dalam bas, tanpa disedari oleh orang lain...


arwah berbaju biru.

Semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin!

1 comment:

  1. alhamdulillah..pengalaman hidup digunakan sebaik mungkin. tahniah yana. tapi lepas ni kne lebih kuat dan profesional sebab banyak lagi cabaran dan dugaan yg akan kita tempuh. al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia.
    http://cikkuninstory13.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...