Thursday, May 10, 2012

SETIAP ORANG BERBEZA

Assalamualaikum. Hari yang memenatkan. Bangun pukul 6.30 pagi, pukul 11 malam td baru balik bilik. Sebab apa?
Hehe. Tadi kami semua pergi rakaman LIGA ILMU yang dirakam kat DK 500. Actually perkara ni tak dijangkakan sebab petang tu aku dengan yang lain ada latihan koko untuk sebuah unit beruniform ni. Then latihan kami terhenti.

kami diminta untuk menghadiri rakaman Liga Ilmu. mungkin sebab nak nampakkan dewan penuh. Khabarnya berlaku pertukaran tarikh. Entahlah. Aku tak sure pasal ni.

Apa yang aku nak kongsikan malam ni ialah tentang kejadian petang tadi. Lepas beratur dalam tiga baris, kami pun turun ke kawasan fakulti. Berjalan kaki lah kan. Dah jalan secara laju ni. Pulak aku memang tak balik bilik sebelum tu, so kenelah angkut beg aku yang ada buku anatomy dalam tu. Berat jugak ahh. Semputt weh. Finally aku dgn deeya tinggalkan je beg kat tangga sebab hasrat kami berdua nak letak beg kat kawasan bawah kolej dihalang oleh seorang senior. Bawak je barang berharga. Dah lah nak turun anak tangga yang beratus jumlahnya. Aku makin tak larat. Sampai je kawasan fakulti, sape yang lambat memang kene jeritlah.

Tak sampai lagi dewan kuliah tu, so dowg suruh percepat langkah dengan berlari. pehh. Perut aku dah lah lapar. And time ni lah pulak asma nak menonjolkan diri. Sesak nafas woh. Sampai je depan Dk, aku batuk sikit and nak termuntah. Mula- mula boleh tahan, tapi sebab angin banyak kot. Muntah gak. Dah lah aku tak tahu toilet kat mana sebab aku tak tahu selok belok fakulti farmasi. Muntah dah kat dalam mulut. Aku tak nak terus meluru keluar daripada barisan. So aku bagi isyarat kat senior perempuan ni. Tapi malangnya dia tak faham. Siap boleh tinggi suara kat aku. Nok, mulut aku ade muntah, macam mana nak cakap? Nasib baik mase tu kat baris depan ade kwn aku, tolong jawabkan utk aku. then aku bg isyarat bahawa aku nak muntah and i need to go to toilet kat senior lelaki. Dia suruh aku pergi toilet dekat dengan dewan. yang buat aku kecewa, senior perempuan tu boleh nak suruh aku pergi toilet lain, dah lah aku tak tahu selok belok bangunan fakulti farmasi ni. Nasib baik senior lelaki tu faham. Tabik ahh.

Apa yang aku nak kaitkan dengan tajuk entry, aku dengan senior tak sama. Aku tahulah stamina kau kuat. Weekend ade training, joging dari kawasan kolej ke fakulti. Tapi aku tak macam kau. Plus, i got asthma. Aku tak mintak pun nak ade sakit ni. In fact baru muncul asma ni sem lepas. Sebelum ni aku sihat walafiat je. Pernah tak kau fikir keadaan orang lain? kawan aku ada gak yang asma, tapi untung lah asma tak attack mase tu. pernah tak kau fikir kalau tetiba ade pelatih collapse? lagi satu kalau boleh, kurangkanlah ke-emo-an anda. Kami respect golongan seperti anda, tapi kenapa harus emo lebih? please ahh. okay aku dah penat. sakit kepala tak cukup rehat dari petang tadi non stop aktiviti. need to sleep. salam :)

2 comments:

  1. Takyah cakap kat tempat kau..
    Kat tempat aku ni pun seniors perempuan macam haremmm.. sakit hati aku.
    :/
    *Hopefully nanti bila aku dah ada juniors, aku tak berperangai mcm tu.

    ReplyDelete
  2. insya Allah x. kekadang aku pelik, ape lah yang best sangat terjerit2 mcm nak terkeluar anak tekak. bosan lah weh dgn org mcm ni. boleh hilang respect tau.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...