Friday, August 19, 2011

wink wink!



Assalamualaikum. pheww. Pagi tadi pergi PLMI. Retest JPJ. Dan sangat-sangat bersyukur sebab aku dah lulus. Untuk pengetahuan, aku first test gagal kat 3 penjuru. Dimulakan dengan bukit, parking and finally 3 penjuru. Dari bukit sampai parking, semua berjalan lancar, parking pun cantik, cehwahh! Sampai je 3 penjuru, kereta dah nak keluar ni, kira step terakhir lah, enjin mati! oh demm. Dah lah time tu hujan. Aku rase macam gelap sekejap dunia aku. haha! Yelah. Mana taknye, aku takut tak sempat buat sebelum masuk u. Dan bile je dah gagal dalam trek, aku bertekad. Jalan raya WAJIB lulus. Syukur, berjaya. hee. Walaupun mase tu dpt penguji perempuan, tegas pulak tu. Aku masuk kereta punyalah bersopan. Siap ckp " boleh saya mula sekarang?" sbb encik Din (tenaga pengajar mse KPP ade ajar perkara ni). then pegawai tu boleh cakap, "teruskan je. Masuk kereta terus jalan, tak payah tanye."

OKAY. Dalam hati aku, oh my God. Punyelah aku baik hati, sopan santun tanya elok-elok, boleh dia ckp balik mcm uh kat aku? ppfft~ Maka, time uh aku pun dah lah lantak kau la JPJ. Aku buat je apa yang aku belajar. Everything went smoothly. hehe. Sampailah kat satu jalan ni, ade JCB. Kau tahu je la kan. JCB memang dasar jalan lembab. haha. Pegawai tu pun ckp, " Dah la, potong kanan.". Aku pun okay je lah. Lepas tu senyap je tau. Malas aku nak berbual dengan dia. Kang tersilap cakap, mau dia gagalkan aku, ye tak? haha. Ni belum masuk highway lagi. Dia suruh aku bawa ikut had laju. 60km/j eh? agaknya lah. Dia siap cakap, bwk penuh berhati- hati dan berhemah.Tegas betul suara dia. Aku pun dalam hati, yelah cikk puannn. -.-

Akhirnya, aku selamat kembali ke PLMI tanpa sebarang kecederaan, kemalangan, kecacatan dan sebagainya. Tengok borang JPJ tu, aku...aku... LULUS! Dapat 17/20. Okaylah kot. Yang penting lulus kan? tapi sayang pulak dalam trek aku gagal. Huu~~


18 OGOS 2011. KHAMIS.

Sehari sebelum test, aku tidur awal sebab memang tak tahan ngantok. Tu lah padah selalu tidur lambat. Aku tak peduli, yang penting aku nak tidur. haha. Lepas sahur pun aku tidur kejap sebab aku sahur awal. hee. Then bangun pagi punyalah segar! Thumbs up weh! haha. Perkemaskan diri. Selesai. Tunggu agen aku datang amik aku. Dalam hati memang dah nervous. Yelah, aku takut sejarah berulang kembali. Aku pun tak nak beratkan fikiran aku dengan fikir bukan-bukan. Just bertenang je. Sampai kat PLMI dalam pukul 10 pagi.
time ni tak rase apa- apa. But then, dalam pukul 11 lebih, nama- nama untuk ulangan parking disebut. Until when my name was called. LIYANA NABILAH. Ya Allah. Terus menggeletar sejuk bukan kemain lagi. Mase tu Fiza still sebelah aku. She comfort me and wish me luck. Thank you babe! hee. Semua nama- nama tu kena duduk kat kerusi tau. Kiri kanan aku lelaki. Haishh. Kenapalah banyak sangat lelaki kali ni. Nasib baik Melayu. Kiri lelaki. Kanan lelaki. Sebelah kanan lagi lelaki. haa. Apa- apa je. Time menunggu ni aku rase takut, pelik nak ketawa pun ade. Mana taknye, lelaki sebelah kanan aku tengok aku semacam je. Heyy, aku kenal kau ke? Aku perasan dia tgk aku mcm uh. Then aku paling muka ke kanan, konon nak tgk bende lain lah. haa kau! Cepat-cepat dia tgk tempat lain. Sengal ouhh.

Okay. The time has come. Masuk kereta je aku terus betulkan sit. Problem sikit tempat sandar, berkali- kali aku adjust sampai abang danny tgk aku pun pelik agaknya. haha. Time ni lah kita nak try clutch. Okay ke tak? Tinggikah, rendah kah. Macam biasa, kereta PLMI clutch tinggi. Handbrake pun lain berbanding dua minngu lepas, test yg pertama. Handbrake kereta kali ni macam keras. Sampai aku rase, eh betul ke dah tarik handbrake sampai habis ni. >.<

Maka sampailah giliran aku. Dimulakan bukit. Sepanjang test, terkumat kamit aku baca bismillah. hee. Alhamdulillah. Bukit passed. Then parking. Passed. hehe. Finally, oh my God! 3 point turn! Nightmare akuu 2 minggu lepas. hewhew. Paling nervous time nak keluar, dimana berlaku kesilapan 2 minggu lepas. Ouh yeah! Akhirnya aku berjaya mengharungi test kali ini. Syukur! Lepas test, aku nampak fiza. Duduk jap sebelah dia. Kongsi kegembiraan dengan dia. hee. Then aku text mak, abah, along, Murshid and kengkawan yang lain.

Haa~ menunggu mase untuk pegang lesen sendiri. hehe.

By the way, aku mencari- cari gak dimana kesilapan aku 2 minggu lepas. Ni hasil kajian aku :-

-Bahagian 3 point turn tu ade bekas tampal jalan. So, bahagian tu tinggi sikit. Pandai-pandailah kau imbang minyak dengan clutch.
-Aku tak imbang minyak and clutch dengan betul. Aku rase aku terlepas clutch kot. Tu yang sampai mati enjin. haha.
-Sebab fikiran serabut. Pertama sebab agen aku amik lmbt. Suppose pukul 8 tp dekat pukul 9 bwu dia amek aku. Dah lah aku group pertama, orang ketiga pulak tu! Memang lambat lah aku. Sampai sane je aku terus dapat giliran terakhir untuk group pertama. Kedua dan terakhir kot,time keluar tu aku terfikir pasal kawan aku. Lepas ni aku dah ade lesen. Haa. Padan muka aku. Konon ea nak bangga ade lesen? Tak pasal- pasal enjin mati. Failed kau!

So konklusinye, jangan over confident. But at the same time, don't be too nervous. Kena bertenang, banyak ingat Allah. Ni pengalaman aku lah. heehe. Okay tu je nak kongsi kali ni. Terpanjang pulak entry. haha.

p/s: be strong okay fiza? next test kene wat lagi yg terbaik dari hari ni. aku pun test 2 kali. so, chill okay babe? hee

penatnye rase. kepala pun dah sakit ni. badan pun dah menjerit- jerit mintak rehat. haha. Good night people.

4 comments:

  1. ABG DANNY? ketawa aku dibuatnye.

    eh nnt kalo aku repeat time kita semua cuti, jomlah menuju ke PLMI bersama2, bagi aku kekuatan. hee. mak aku kata "xpe, mmg biasenye gagal dulu baru kita tahu salah kita kat mane."

    =)

    ReplyDelete
  2. iyelah. aku tak tahu nama sebenar dia. nak bahasakan nama lain, takut kau tak kenal pulak nanti. hee. ok. insya Allah. aku drive amek kau. aku pun test dua kali sygg. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah saje yang mmpu diucapkan...(-,-)

    ReplyDelete
  4. thank you apis. :)u too. gud luck on next test! wink!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...