Monday, August 29, 2011

Tembel. Dan selamat Hari Raya!

Assalamualaikum. Last entry. Semoga masih dipanjangkan umur untuk membuat coretan lagi kat blog tersayang ni. Hehe. First of all, nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maafkan salah silap aku, terkasar bahasa, terpukul kat mana- mana dan sebagainya. Last entry sebab esok dah balik kampung mak, kat Pontian. Hehe. Lepas ni, akan fokus untuk 'berhari raya'. Raya terakhir sebagai remaja. Haha.

Bercerita pasal raya, tahun ni macam tak de mood nak raya. Sebab ape eh? Sebab nak masuk U ke? Just Buat persiapan apa yang patut. Tapi hati, entahlah tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin sebab banyak buat salah kott? >,< Dah lah mata kene tembel! haiyoooo! Nak raya ni. Tapi bersyukur gak sebab tak nampak sangat bengkaknye. haha. Orang dulu- dulu cakap, kene tembel sebab sekodeng orang tengah erk erk. Aku sekodeng sape pulak? haha. Mula- mula aku terasa sakit kat bawah mata, aku pun report kat mak lah, tanya bagai sebab ape. Then esoknya aku ajak abah pergi klinik, takut melarat pulak. Doktor nasihatkan tuam dengan air panas untuk hilangkan bengkaknya and doktor bagi aku antibiotik dan ubat krim sapu kat tempat yang kene tembel. Mengikut apa yang doktor tu cakap, tembel di sebabkan oleh apabila liang- liang di bawah mata tersumbat. Tersumbat sebab apa? Sebab kekotoran. Kau tahulah nak raya kan? So apa lagi, mengemas lah! Aku pulak jenis yang alergik kat habuk, kene sikit, gerenti merah mata, bersin tak henti- henti sampai rasa macam nak tercabut hidung. haha. Kalau alergik hidung, boleh pakai mask. Kalau alergik mata?? Nak tutup mata pakai kain kah? So, inilah yang terpaksa aku lalui. Rasanya aku tak pernah kene tembel. Tapi, bende dah jadikan. Sabar je lah mak. Haha.

By the way, aku dah try drive kereta abah! Awesome! Abah ajak pergi kedai and mintak aku drive, at first abah lah yang drive. Aku drive bile dah hampir kat kedai and on the way home. Hanya perlu asah skill saja. Cehwah!

Sekali lagi,

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. 
Peace! n_nY
Dan hati- hati di jalan raya!

3 comments:

  1. selamat ari raya dengan mata yg "cantek", haha

    ReplyDelete
  2. Hepi Eid Mubarak.. :)

    tembel? kt tmpt saya, kna pggil pitutan..ehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...