Saturday, September 3, 2011

BERAYA DENGAN MATA BARU!

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya! Well,still dalam bulan Syawal kan? Hehe. Macam mana raya korang? Seronok? Tak best? Terpulanglah. Aku bakal meninggalkan blog ni untuk seketika. Harap- haraplah. Sebab Isnin ni aku dah gerak ke Puncak Alam. Tak tahulah berapa lama blog aku akan berhabuk, bersawang bagai.

Tajuk post macam ape tah. Tapi aku betul- betul maksudkannya. Tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya pakai contact lens. Jakun tak? haha.


Benda alah ni pun di beli dua hari sebelum raya. Sempat jugak melangkah ke youtube nak cari info pasal pemakaian lens ni. hehe. Berbalik cerita pasal raya, masa raya pertama, lepas orang solat, budak- budak dah datang beraya. Aku dah macam, Ya Allah! Cepatnye budak- budak ni datang! Kiteorang ni pun masih tak bersalaman and bermaafan. Dengan kuih tak isi dalam balang lagi, haa kau! Kelam kabut jadinye! Nasib baik lah yang datang pun budak- budak. haha.

Raya tahun ni pun kurang meriah. Aku pun dalam mood nak-tak nak raya je. Ditambah pulak dengan THE AWKWARDNESS DURING EID! Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kesilapan. Aku cuba untuk bertegur dengan dia, tapi hampeh tahu tak? Dia tak pandang pun muka aku. Ok. Fine. Kalau itu yang anda harapkan. Aku tak ada hak nak paksa- paksa orang kan? Kat kampung pun sampai petang raya je. aku terfikir. Bila dah makin dewasa, macam ini ke yang patut berlaku? Makin kurang bertegur sapa? OHH. I failed my social life huh?

5 Sept bakal berangkat ke Puncak Alam. Maka bermulalah kehidupan baru aku sebagai pelajar universiti. Selamat tinggal JB. Aku bakal meninggalkan kau dan jarang menjejakkan kaki di bumi mu. Good bye.



Monday, August 29, 2011

Tembel. Dan selamat Hari Raya!

Assalamualaikum. Last entry. Semoga masih dipanjangkan umur untuk membuat coretan lagi kat blog tersayang ni. Hehe. First of all, nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maafkan salah silap aku, terkasar bahasa, terpukul kat mana- mana dan sebagainya. Last entry sebab esok dah balik kampung mak, kat Pontian. Hehe. Lepas ni, akan fokus untuk 'berhari raya'. Raya terakhir sebagai remaja. Haha.

Bercerita pasal raya, tahun ni macam tak de mood nak raya. Sebab ape eh? Sebab nak masuk U ke? Just Buat persiapan apa yang patut. Tapi hati, entahlah tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin sebab banyak buat salah kott? >,< Dah lah mata kene tembel! haiyoooo! Nak raya ni. Tapi bersyukur gak sebab tak nampak sangat bengkaknye. haha. Orang dulu- dulu cakap, kene tembel sebab sekodeng orang tengah erk erk. Aku sekodeng sape pulak? haha. Mula- mula aku terasa sakit kat bawah mata, aku pun report kat mak lah, tanya bagai sebab ape. Then esoknya aku ajak abah pergi klinik, takut melarat pulak. Doktor nasihatkan tuam dengan air panas untuk hilangkan bengkaknya and doktor bagi aku antibiotik dan ubat krim sapu kat tempat yang kene tembel. Mengikut apa yang doktor tu cakap, tembel di sebabkan oleh apabila liang- liang di bawah mata tersumbat. Tersumbat sebab apa? Sebab kekotoran. Kau tahulah nak raya kan? So apa lagi, mengemas lah! Aku pulak jenis yang alergik kat habuk, kene sikit, gerenti merah mata, bersin tak henti- henti sampai rasa macam nak tercabut hidung. haha. Kalau alergik hidung, boleh pakai mask. Kalau alergik mata?? Nak tutup mata pakai kain kah? So, inilah yang terpaksa aku lalui. Rasanya aku tak pernah kene tembel. Tapi, bende dah jadikan. Sabar je lah mak. Haha.

By the way, aku dah try drive kereta abah! Awesome! Abah ajak pergi kedai and mintak aku drive, at first abah lah yang drive. Aku drive bile dah hampir kat kedai and on the way home. Hanya perlu asah skill saja. Cehwah!

Sekali lagi,

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. 
Peace! n_nY
Dan hati- hati di jalan raya!

Friday, August 26, 2011

THE AWKWARDNESS DURING EID.

Assalamualaikum. Ramadhan 26. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita bakal meninggalkan bulan yang mulia ini kan. Rasa macam kejap je masa berlalu. Lepas raya, terus masuk U. Haish. Aku tak pack barang lagi. Entry kali ni rasa nak bercerita berdasarkan pengalaman. Ikut jejak Khalid Kadir. Eh, siapa pulak dia? Hehe. Dia sematriks dengan aku. Aku kenal time kiteorang pergi Cameron under Unit Biologi KMNS tercintaa. hewhew.

Bercerita tentang hari raya, mesti ramai orang suka kan? Yelah, ada baju baju, kuih raya, silap- silap barang kat rumah pun banyak yang baru. Tapi dalam keghairahan menyambut raya, jangan sampai berlaku pembaziran sudah.

Tahun ni, emm, actually tiap- tiap tahun kiteorang memang beraya kampung mak dulu. Sebab mak ade kampung, whereas kampung abah kat bandar je. hehe. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku bila beraya kat kampung. Aku gembira sebab aku dapt jumpa atok nenek and mak cik kesayangan aku. Tapi pada masa yang sama, aku kekok untuk jumpe cousin aku sendiri. Macam pelik kan? Tapi itulah hakikatnya. Padahal dulu kecik- kecik rapat kot. Kiteorang antara cucu- cucu yang awal lah. Dah tak tahu nak describe macam mana. Dulu time raya, asal jumpe je, main bunga api dgn mercun sama- sama. Aku perasan perubahan ketara ni lepas mak cik aku yang kat Kuantan meninggal dunia. Sejak dari tu, bile raya je, aku rase kekok dgn cousin aku sendiri. Kurang bercakap. And sometimes aku rasa she smiled because of she had to. In other word, tak ikhlas pun. Aku sedih bila jadi macam ni. Kekok tahap gaban kau tahu tak? Memang rasa nak balik cepat ke JB. Mungkin ada salah dari pihak aku sendiri. Aku ingat lagi. Arwah mak cik aku meninggal mase hari jadi aku. Dan masa tu aku kat sekolah. Itu pengalaman pertama aku menghadapi kematian. Sungguh aku tak kuat. Tapi gagahkan diri untuk hantar sampai ke kubur. Masa kat kampung, kiteorang tunggu jenazah dari Kuantan. Aku duduk dengan dia dan dia wished aku. Aku pulak jenis yang susah ingat. Ingat pun bila ada notification. Okay aku tahu aku teruk. Bila birthday dia, aku jarang wish. Aku baru sedar kesilapan aku. Awful. And when it comes to her birthday, i wished her. And she said thanks. Tapi bila balik kampung, perkara yang sama berlaku. Nasi dah jadi buburkan? Mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mengembalikan perhubungan seperti yang dulu.

I miss the strong sisterhood and I love you all, cousins.



Sunday, August 21, 2011

real pfftt~

Assalamualaikum. Dua kereta. Kereta baru kat dalam. Kereta yang dah-tak-baru-sangat kat luar. Haha. Okay. Rumah aku tak lah besar sangat macam rumah korang. Tadi lepas along balik, dia parking kereta dalam kawasan rumah. Kereta abah pulak parking kat luar. Aku pun nak try lah parking kereta abah. pffft! time nak reverse, aku terlaju. TERLAJU. Mungkin belum biasa dengan kereta abah. Okay, memang tak dinafikan kejadian tadi buat aku gelabah. Yelah. Dah lah kat sini kereta orang pun banyak kan? Kalau terlanggar, tercalar sikit, tak ke mengamuk orang tu? Kalau yang jenis cool, tu tak pe lah. Kalau yang jenis GILA, kang parang yang di bawak keluar. Ade gak yang tak merasa raya. (IN this case, aku ke? LOL)

Sekarang rasa macam nak cakap, aku nak guna kereta kancil je. Haha. Untuk permulaan lah. Sebab dah terbiasa mase kat driving school kot~

Dan, dan abah cakap...

Aku pakai kereta AUTO je lahh. Senang... >,<



Friday, August 19, 2011

wink wink!



Assalamualaikum. pheww. Pagi tadi pergi PLMI. Retest JPJ. Dan sangat-sangat bersyukur sebab aku dah lulus. Untuk pengetahuan, aku first test gagal kat 3 penjuru. Dimulakan dengan bukit, parking and finally 3 penjuru. Dari bukit sampai parking, semua berjalan lancar, parking pun cantik, cehwahh! Sampai je 3 penjuru, kereta dah nak keluar ni, kira step terakhir lah, enjin mati! oh demm. Dah lah time tu hujan. Aku rase macam gelap sekejap dunia aku. haha! Yelah. Mana taknye, aku takut tak sempat buat sebelum masuk u. Dan bile je dah gagal dalam trek, aku bertekad. Jalan raya WAJIB lulus. Syukur, berjaya. hee. Walaupun mase tu dpt penguji perempuan, tegas pulak tu. Aku masuk kereta punyalah bersopan. Siap ckp " boleh saya mula sekarang?" sbb encik Din (tenaga pengajar mse KPP ade ajar perkara ni). then pegawai tu boleh cakap, "teruskan je. Masuk kereta terus jalan, tak payah tanye."

OKAY. Dalam hati aku, oh my God. Punyelah aku baik hati, sopan santun tanya elok-elok, boleh dia ckp balik mcm uh kat aku? ppfft~ Maka, time uh aku pun dah lah lantak kau la JPJ. Aku buat je apa yang aku belajar. Everything went smoothly. hehe. Sampailah kat satu jalan ni, ade JCB. Kau tahu je la kan. JCB memang dasar jalan lembab. haha. Pegawai tu pun ckp, " Dah la, potong kanan.". Aku pun okay je lah. Lepas tu senyap je tau. Malas aku nak berbual dengan dia. Kang tersilap cakap, mau dia gagalkan aku, ye tak? haha. Ni belum masuk highway lagi. Dia suruh aku bawa ikut had laju. 60km/j eh? agaknya lah. Dia siap cakap, bwk penuh berhati- hati dan berhemah.Tegas betul suara dia. Aku pun dalam hati, yelah cikk puannn. -.-

Akhirnya, aku selamat kembali ke PLMI tanpa sebarang kecederaan, kemalangan, kecacatan dan sebagainya. Tengok borang JPJ tu, aku...aku... LULUS! Dapat 17/20. Okaylah kot. Yang penting lulus kan? tapi sayang pulak dalam trek aku gagal. Huu~~


18 OGOS 2011. KHAMIS.

Sehari sebelum test, aku tidur awal sebab memang tak tahan ngantok. Tu lah padah selalu tidur lambat. Aku tak peduli, yang penting aku nak tidur. haha. Lepas sahur pun aku tidur kejap sebab aku sahur awal. hee. Then bangun pagi punyalah segar! Thumbs up weh! haha. Perkemaskan diri. Selesai. Tunggu agen aku datang amik aku. Dalam hati memang dah nervous. Yelah, aku takut sejarah berulang kembali. Aku pun tak nak beratkan fikiran aku dengan fikir bukan-bukan. Just bertenang je. Sampai kat PLMI dalam pukul 10 pagi.
time ni tak rase apa- apa. But then, dalam pukul 11 lebih, nama- nama untuk ulangan parking disebut. Until when my name was called. LIYANA NABILAH. Ya Allah. Terus menggeletar sejuk bukan kemain lagi. Mase tu Fiza still sebelah aku. She comfort me and wish me luck. Thank you babe! hee. Semua nama- nama tu kena duduk kat kerusi tau. Kiri kanan aku lelaki. Haishh. Kenapalah banyak sangat lelaki kali ni. Nasib baik Melayu. Kiri lelaki. Kanan lelaki. Sebelah kanan lagi lelaki. haa. Apa- apa je. Time menunggu ni aku rase takut, pelik nak ketawa pun ade. Mana taknye, lelaki sebelah kanan aku tengok aku semacam je. Heyy, aku kenal kau ke? Aku perasan dia tgk aku mcm uh. Then aku paling muka ke kanan, konon nak tgk bende lain lah. haa kau! Cepat-cepat dia tgk tempat lain. Sengal ouhh.

Okay. The time has come. Masuk kereta je aku terus betulkan sit. Problem sikit tempat sandar, berkali- kali aku adjust sampai abang danny tgk aku pun pelik agaknya. haha. Time ni lah kita nak try clutch. Okay ke tak? Tinggikah, rendah kah. Macam biasa, kereta PLMI clutch tinggi. Handbrake pun lain berbanding dua minngu lepas, test yg pertama. Handbrake kereta kali ni macam keras. Sampai aku rase, eh betul ke dah tarik handbrake sampai habis ni. >.<

Maka sampailah giliran aku. Dimulakan bukit. Sepanjang test, terkumat kamit aku baca bismillah. hee. Alhamdulillah. Bukit passed. Then parking. Passed. hehe. Finally, oh my God! 3 point turn! Nightmare akuu 2 minggu lepas. hewhew. Paling nervous time nak keluar, dimana berlaku kesilapan 2 minggu lepas. Ouh yeah! Akhirnya aku berjaya mengharungi test kali ini. Syukur! Lepas test, aku nampak fiza. Duduk jap sebelah dia. Kongsi kegembiraan dengan dia. hee. Then aku text mak, abah, along, Murshid and kengkawan yang lain.

Haa~ menunggu mase untuk pegang lesen sendiri. hehe.

By the way, aku mencari- cari gak dimana kesilapan aku 2 minggu lepas. Ni hasil kajian aku :-

-Bahagian 3 point turn tu ade bekas tampal jalan. So, bahagian tu tinggi sikit. Pandai-pandailah kau imbang minyak dengan clutch.
-Aku tak imbang minyak and clutch dengan betul. Aku rase aku terlepas clutch kot. Tu yang sampai mati enjin. haha.
-Sebab fikiran serabut. Pertama sebab agen aku amik lmbt. Suppose pukul 8 tp dekat pukul 9 bwu dia amek aku. Dah lah aku group pertama, orang ketiga pulak tu! Memang lambat lah aku. Sampai sane je aku terus dapat giliran terakhir untuk group pertama. Kedua dan terakhir kot,time keluar tu aku terfikir pasal kawan aku. Lepas ni aku dah ade lesen. Haa. Padan muka aku. Konon ea nak bangga ade lesen? Tak pasal- pasal enjin mati. Failed kau!

So konklusinye, jangan over confident. But at the same time, don't be too nervous. Kena bertenang, banyak ingat Allah. Ni pengalaman aku lah. heehe. Okay tu je nak kongsi kali ni. Terpanjang pulak entry. haha.

p/s: be strong okay fiza? next test kene wat lagi yg terbaik dari hari ni. aku pun test 2 kali. so, chill okay babe? hee

penatnye rase. kepala pun dah sakit ni. badan pun dah menjerit- jerit mintak rehat. haha. Good night people.

Tuesday, August 16, 2011

RETEST JPJ

Assalamualaikum. :) 18 Ogos ini insya Allah aku akan menghadapi sekali lagi test JPJ. Wish me luck yahh! hee.

Saturday, August 13, 2011

baruuu~~

Assalamualaikum. hehe. Nak tanya pendapat awak- awak semua tentang perubahan di blog saya, ok x?
Thank youu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...