Saturday, September 3, 2011

BERAYA DENGAN MATA BARU!

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya! Well,still dalam bulan Syawal kan? Hehe. Macam mana raya korang? Seronok? Tak best? Terpulanglah. Aku bakal meninggalkan blog ni untuk seketika. Harap- haraplah. Sebab Isnin ni aku dah gerak ke Puncak Alam. Tak tahulah berapa lama blog aku akan berhabuk, bersawang bagai.

Tajuk post macam ape tah. Tapi aku betul- betul maksudkannya. Tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya pakai contact lens. Jakun tak? haha.


Benda alah ni pun di beli dua hari sebelum raya. Sempat jugak melangkah ke youtube nak cari info pasal pemakaian lens ni. hehe. Berbalik cerita pasal raya, masa raya pertama, lepas orang solat, budak- budak dah datang beraya. Aku dah macam, Ya Allah! Cepatnye budak- budak ni datang! Kiteorang ni pun masih tak bersalaman and bermaafan. Dengan kuih tak isi dalam balang lagi, haa kau! Kelam kabut jadinye! Nasib baik lah yang datang pun budak- budak. haha.

Raya tahun ni pun kurang meriah. Aku pun dalam mood nak-tak nak raya je. Ditambah pulak dengan THE AWKWARDNESS DURING EID! Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kesilapan. Aku cuba untuk bertegur dengan dia, tapi hampeh tahu tak? Dia tak pandang pun muka aku. Ok. Fine. Kalau itu yang anda harapkan. Aku tak ada hak nak paksa- paksa orang kan? Kat kampung pun sampai petang raya je. aku terfikir. Bila dah makin dewasa, macam ini ke yang patut berlaku? Makin kurang bertegur sapa? OHH. I failed my social life huh?

5 Sept bakal berangkat ke Puncak Alam. Maka bermulalah kehidupan baru aku sebagai pelajar universiti. Selamat tinggal JB. Aku bakal meninggalkan kau dan jarang menjejakkan kaki di bumi mu. Good bye.



3 comments:

  1. waahh.. bermata biru ea sekarang, graand gitu! haha.. anyway, slmt maju jaya di Universiti nanti =)

    ReplyDelete
  2. @akue achik, kite berdua kurg social kott..hehe

    @khalid kadir, grey lah.. good luck too in uni life. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...