Sunday, January 6, 2013

Hebat (?)

Assalamualaikum. Pheww. Sebenarnya baru lepas study Communicable Disease. Eh, apa function cakap kat sini? Oh, lupa pulak nak bagi tahu awal- awal. Me is having final exam right now. Mohon doakan kejayaan kami ye! :')

Ok, nak buat pasal entry apa pulak pepagi celik macam ni? Hari tu, aku ada terbaca tweet kawan sekolah menengah aku. Dia bakal fly. Dan ambil kos engineering. Yang kawannya pulak tu, juga kawan aku dari zaman kecik hingusan tu, sekarang study kat UiTM Shah Alam.

Somehow..
Aku kadang- kadang rasa terendah diri, rasa diri macam err, tak guna? Entahlah. Payah nak describe. Sebab apa? Mereka berbalas- balas tweet; hebatlah kau ni, ala, kau pun apa kurang hebatnya. Tetiba terfikir, kalau aku mencelah dan cakap aku ambil kos nursing.. Aku cuma cuba teka reaksi diorang. Mungkin bunyi cengkerik yang bakal keluar.

.________.

Eh, kenapa pulak aku cakap macam tu? Entahlah. Ni pengalaman kot. Ada lagi sorang classmate aku zaman sekolah dah remaja ni, satu kampus dengan aku. Dan dia terkejut aku ambil kos nursing. TERKEJUT. Ya. Dia ingat aku ambil medik. Ah, sensitif betul tahu tak? :'( Dulu, aku kira nerd jugak ah. Buku sentiasa. Tu yang mungkin dia ingat aku ambil medik. 

Secara tiba- tiba tanpa paksaan, air mata aku berjurai lepas baca tweet diorang. Ah, sedih. Payah. Tiba- tiba rasa down sangat- sangat. Macam dalam hierarki, kau lah paling bawah, semua orang hebat kau je tak. Macam tu lah aku rasa. Nangis- nangis. Masih mampu bertweet lagi. Haha. Yelah, orang tak nampak kita kan? LOL. Sampai lah kawan matrik aku tegur, aku ni dah kenapa tweet nangis- nangis. Maka bermula lah girls talk. :p Banyak jugak lah dia nasihat kan aku. Yang pergi belajar jauh- jauhnya tak semestinya berjaya. Allah dah tentukan.

*Ahh, slap my face. 

Allahurabbi. Acap kali aku terlupa. Allah dah  tulis perjalanan hidupku macam ni. Sejauh mana aku lari, ini yang melekat kat aku. Kenapa acap kali aku hampir berputus asa dengan perancangganNya? Allah. :'( Aku mohon kekuatan diri ini. Untuk teruskan perjuangan dan usaha ini. YA ALLAH. :'(

Tak dinafikan, ini bukan kos pilihan aku. Mak abah yang pilihkan kos ni untuk aku. Tak dinafikan jugak, masa mula- mula dapat tawaran, aku menangis. Kata pujangga kawan aku; 'Tak salah kita membahagiakan orang yang kita sayang kat kita dengan cara ikut apa yang diorang minta.'

*Ahh, slap my face again.

Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mak abah untuk aku selama ni, memang tak ternilai. Kita pun tak sentiasa sihat kan. Duit untuk ubat, makan, minum, pakaian, sape yang bagi? Siapa yang sediakan, kalau bukan mereka? Ok, sensitif sudah datang. Nak mengalir pulak air mata ni. Mohon tahan ye. Hehe. 

Aku bertahan, aku kuat kerana mak abah. :') Walaupun macam-macam orang anggap pasal kos nursing ni. Lagi- lagi kat hospital. Ah, biarkan mereka. Biarkan. Bertahan yana! bertahan! Sampai satu tahap, ade seorang pesakit ni rasa terharu nak mengalir air mata, sebab anak dia sendiri tak pernah jaga dia macam kami lakukan. Allahurabbi. :'( Kadang aku terfikir. Kenapa jurang dalam realiti ini harus berlaku? Kenapa? Dalam situasi hospital contohnya. Salahkah kalau kita saling menghormati? Sudah terhapuskah nilai- nilai murni itu? Ok, mungkin ada yang cakap, nurse ni berlagak, sombong, etc. Rasanya tak semua macam tu kan? Janganlah hanya kerana seorang, habis semua dilabelnya sama. :'( 

Pergerakan jari jemari terhenti disini. Amboi, puitis gitu. HAHA. Aku harap dan berdoa semoga sentiasa dipanjangkan umur. Sebab, izinkanlah aku untuk berjasa kepada mak dengan abah. :')

ok, i love you sahabat. :')

Kepada yang masih dalam mood peperiksaan, semoga berjaya! 
Assalamualaikum. :)

5 comments:

  1. jangan buat sesuatu, keran nak puaskan hati manusia. sebab manusia takkan pernah puas. buatlah sesuatu pekerjaan tu, ikhlas kerana DIA. insyaALLAH, everything will go smoothly. and you'll love the feel. true story :)

    ReplyDelete
  2. slap my face again. :'(
    baik cik. huhu

    ReplyDelete
  3. Buat sesuatu kena ada rasa seronok. Please enjoy what you're having now. Rasa minat boleh pupuk.

    Abaikan orang lain. Take care sayang :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, saya pun amik nursing jugak.. sama jep macam awak.. nurse pon hebat pe :) ingat keje kita ni senang nak dapat pahala, dan senang nak dapat dosa....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...