Monday, January 28, 2013

BAB LIMA

Deringan Nokia Lumia terus aku capai. Terus aku slide skrin untuk menjawab panggilan telefon.

"Assalamualaikum, Laila"

Oh, sedapnya suara kau Shah. Kau buat aku cair. Ibarat mentega yang berjemur di bawah terik mentari, pastinya akan cair! Aku terpesona, terkasima dan, dan, aku jatuh hati pada kau Shah!

"Laila? Laila? Hello, Laila? Kau masih disana?"

Aku tersentak dari lamunan. Kembali ke alam yang nyata disertai dengan senyuman yang melebar. Oh, hatiku berbunga- bunga. Seakan sebuah taman bunga yang sedang mekar. oh, Shah... semoga kita bakal mengakhiri kisah cinta ini dengan pengakhiran yang gembira.

"Ye, Shah. Aku masih kat sini. Kenapa ye kau call aku? Rindu eh?" aku gelak kecil. Saja mahu mengusik Shah.

"Aah Laila. Aku rindu kau. Dah lama tak dengar suara kau. Boleh kita jumpa untuk pertama kalinya, petang ni? Jumpa di pukul 5 kat Taman Bunga Fakulti Perakaunan ye. Bye. Hehe. Salam."

Taman Bunga? Petang ni? Jumpa untuk pertama kalinya? WOHOOOOO!!! Aku menjangkakan pertemuan ini adalah pertemuan yang romantis. Ahh, cepat cari baju yang sesuai untuk pakai petang ni! Cepat!!

Oleh kerana sibuk mencari baju yang sesuai, aku terlena. Terjaga pun dah lewat. Dalam pukul 4.30. Sepantas kilat aku capai tuala, persiapkan diri dan menunaikan solat. Fuh, nasib baik semua dah settle, tinggal nak pakai je. Aku sampai di Taman Bunga Fakulti Perakaunan tepat jam 5.10 petang. Ahh! Sedikit lewat. Dari jauh,aku sudah nampak Shah. Oh, kacaknya kau Shah! Tapi pada waktu yang sama, perasaan serba salah menyelubungi diri.

"Assalamualaikum, Shah..."

Dia menoleh ke arahku. Allahuakbar! Indahnya ciptaanmu Ya Allah. Shah bangkit dari duduk.

"Waalaikumusalam, Laila" sambil melemparkan senyuman yang manis kepadaku.

Peh, tingginya Shah! Dan, kau nampak sangat matang lagi kacak dengan kehadiran misai yang nipis, ibarat Aizat ketika Anugerah Juara Lagu baru- baru ini. Terasa jantungku berdegup kencang, terasa jantungku mengepam darah dengan lajunya, aku terasa mahu pitam..

Ahh, aku terduduk..

"Laila! Kau okay?"

Dengan selamba aku menjawab, " Aku terkejut tengok kau tinggi sangat. Haha."

Shah mengiringi gelak tawaku.

Shah mengajak aku mengelilingi Taman Bunga itu. Kebetulan pula, bunga- bunga sedang mekar berkembang. Wangi sunggu. Rupanya kehadiran Shah bukanlah berseorangan. tapi......

"Abang!"

Kami menoleh kebelakangan. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri. Siapakah gadis ini? dan kenapa dia panggil Shah dengan panggilan abang? Ahh..

"Oh, hampir terlupa pulak nak bagi tahu. Saya datang sini dengan adik saya. Namanya Ain."

Lah. Adik rupanya. Memang patutlah panggil abang. Macam manalah aku boleh lupa. Shah, kau memang suka buat kejutan untuk aku. Jangan suatu hari nanti aku didiagnose menghidap penyakit jantung sudahlah. Haha.

Walaupun jarak umur antara aku dan Ain hanya setahun, dia tetap menghormati aku.

"Ni, Ain nak bagitahu. Ain nak jumpa kawan Ain kat hujung sana. Nanti kalau ada apa- apa, abang call Ain je lah ye. Okeylah. Ain pergi dulu ye, abang, akak." disalam semula tanganku.

"Hati- hati tau Ain" ayat itu yang terpacul dari mulutku.

Jam menunjukkan 6.15 petang. Shah memberi tanda untuk pulang. Aku mengiyakan sahaja. Sebelum itu, Shah mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya, lalu di berikan kepadaku.

"Apa ni Shah?" aku mula cemas.

"Bukak lah. Ni memang untuk kau." Shah memang orang yang pemurah dengan senyuman walaupun aku menunjukkan muka yang cemas.

Dengan penuh hati- hati, aku membuka kotak itu...

"Rantai! Dengan loket SL! S= Shah? L= Laila?" aku meneka.

Shah mengangguk sambil tersenyum.

"Ni tanda persahabatn kita. Aku nak kau jaga rantai ni elok- elok walaupun ianya bukan emas. Loket SL itu sebab aku mahu sentiasa dekat dihati kau, Laila.."

"Ohh, sweetnya kau Shah!" nak mengalir air mataku kerana terharu.

"Dah, jom balik. Alang- alang aku nak hantar Ain balik kolej, jom aku hantar kau sekali."

Wah, Shah nak hantar aku balik kolej. Save duit tambang. haha. Eh, sekejap! Maksudnya Ain pun belajar kat sini lah eh? What a small world. Haha.

Semoga kebahagiaan ini berkekalan menjadi milik kita, Shah...

p/s: rekaan. rekaan. Takde pun fakulti perakaunan kat UiTM Puncak Alam ni. Apatah lagi Taman Bunga tu. HAHA



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...