Thursday, December 1, 2011

may i borrow your.....

Assalamualaikum. Aku tengah berhibernate minggu ni. haha. Hibernate lah sangat kan. Anatomy and subjek- subjek lain still kene study. Walaupun minggu kuliah dah berakhir, tapi lecturer still tuntut kelas ganti.

Dah berkurun aku  tinggalkan blog ni. Berhabuk bagai. Fuhhh. Penat bersihkan sawang- sawang ni. Okay, merepek sudaa. haha. Kali ni just nak berkongsi entry umum je. Tak ada kene mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Just opinion sahaja.

Korang pernah tak pinjam barang orang ataupun pernah tak orang pinjam barang korang? Rasenye semua mesti lalui perkara ni kan? Especially kategori and jenis yang duduk kat asrama. Barang di kongsi bersama. Well, aku tak ade lah pengalaman hidup kat asrama mase zaman sekolah dulu. Sekarang je. HAHA.

Kadang- kadang aku segan nak pinjam barang orang. Sebab aku takut aku tak mampu jaga barang orang tu dengan elok. Tapi sehingga tibanya suatu hari yang tak diduga. Aku terpaksa pinjam barang orang. Okay. Segala- galanya berjalan dengan lancar. Tak terduga lansung. Ada aktiviti yang menggunakan cecair yang susah nak hilang kalau terkena kat pakaian. YA ALLAH!! Aku tak kisah kalau yang terkena kat aku tu, pakaian aku sendiri. TAPI, ni orang punya wooo!! Okay, kalau sikit tu pun mungkin boleh dimaafkan, rendam beberapa hari mungkin boleh hilang. Aku sentap woo. Semua yang ade kat situ terkena cecair tu dalam kuantiti yang banyak. Kalau kau tengok pun, mungkin mengucap je lah yang mampu. Balik je aku terus rendam pakaian tu dengan air sabun. Chemical reaction yang berlaku: bahagian yang terkena cecair tu jadi warna merah! Honestly pakaian tersebut adalah tudung berwarna cream. Cream. Mungkin kalau putih aku boleh guna peluntur. err, kalau cream? boleh ke? aku tak berani nak cuba. Setelah beberapa hari aku rendam, adelah sikit hasil. tapi bahagian sulaman corak bunga yg merupakan kawasan banyak sulaman benang, kesan cecair tu tak hilang. Aku dengan muka yang tebal, rase bersalah, jumpa tuan kepada tudung tu. Aku cakap perkara sebenar... Aku malu okay! Nasib baik tuan kepada tudung tu jenis yang baik, ok je. Kalau kene tuan yang jenis panas baran, mau aku kene campak dari tingkap agaknya. haha. Aku dengan rela hatinya, tanpa paksaan sesiapa, akan mengantikan tudung tersebut dengan yang baru. Semoga perkara ini tak berulang lagi. Dan kepada penganjur program, harap dapat buat sedikit kajian tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan. Kecewa woo.

Satu cerita dah habis. Itu kisah aku pinjam barang orang. Kali ni orang pinjam barang aku. General niatku. Tak tujukan kepada sesiapa pun. Aku fobia okay dengan serangan virus. Bukan serangan di kehidupan realiti, tapi serangan virus dalam laptop! hidup dah makin moden ni, macam- macam jenis virus ade. Ade antivirus. Apa salahnya scan sekejap, tunggu sekejap. Dah la buat depan mata aku, panas woo hati aku. Kalau kene virus, kene format, kau nak bayar ke kos tu? haa. Jawab. Jawab.

p/s: beringatlah. kita pinjam barang orang, buatlah mcm kita pinjam barang orang. jgn buat mcm harta sendiri. nanti bila sesuatu dah berlaku, sorang pun tak nak bertanggungjawab. haishhh. hidup ni umpama roda. mungkin kau boleh buat mcm tu kat org. dan mungkin juga suatu hari nanti orang akan buat kat kau, berkali ganda lagi teruk. time tu nak menyesal pun tak guna. kan? kan? teremo pulak entry kali ni. ehh, lupa. aku memang emo. haha.

*hiasan je. haha

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...