Assalamualaikum. Ya Allah. Setelah dua hari aku bertahan dan berpura-pura menjadi gagah, akhirnya hari ni terlerai air mataku.
*harap kalian yang membaca entry ini dapat sedekahkan al- Fatihah kepada arwah ayah housemate saya yang meninggal dunia pada hari ini.. Al- Fatihah
Okay, back to our topic. Hari ni hari terakhir aku menjalankan tanggungjawab sebagai student nurse dekat PKKN Sungai Buloh. Banyak kenangan yang aku dapat sepanjang bertugas disini, sama juga semasa di HTAR. PKKN stands for Pusat Kawalan Kusta Negara. Kusta merupakan sakit yang melanda sebelum kita dilahirkan. Dan insya Allah, zaman sekarang sudah tiada penyakit ini. Pesakit yang ada kat sini, sudah jadi rumah tetap buat mereka dan mereka bagaikan satu family. Alhamdulillah, sepanjang bertugas kat sini, tidak banyak masalh yang timbul dan pesakit banyak memberi kerjasama. Malahan, mereka gembira dengan kehadiran kami, pelajar- pelajar. Pada aku, mereka tidak banyak ragam. Mereka cuma orang tua yang memerlukan perhatian. Kebanyakan ahli keluraga sudah meninggal dunia. Yelah mereka pun sudah lanjut usia. Kiteorang suka berbual dengan penghuni kat sini bila semua tugas selesai dilakukan.
Salah sorangnya mak cik H. Tak perlulah aku mentionkan namanya. ok? hehe. Orangnya comel sahaja. Seriously. Bermula dari kehidupan waktu kanak-kanak. Dia kehilangan ibunya ketika berusia 2 tahun. Ye 2 tahun. Usia yang terlalu muda. Then orang kampung bergilir- gilir menjaga dia. Berdasarkan apa yang dia cerita, dia ada 6 orang anak. Mula- mula dia tak nak masuk PKKN sebab takut. Tapi akhirnya anak- anaknya yang hantar ke sana. Tak dapat pula dikenal pasti sama ada anaknya ada datang menjenguk or tidak. Tapi apa yang mahu aku fokuskan ialah tentang kasih ibu. Seorang ibu boelh menjaga hingga sepuluh orang anak. Tapi dalam sepuluh orang anak itu, mampukah mereka menjaga ibu dan bapanya kelak?
Then aku pergi wad pemulihan. Kisah kedua, seorang budak lelaki berumur 17. Aku bahasakan F je. Kisah berlaku dua tahun lalu. Sewaktu nak ke kedai. Dia telah dilanggar oleh budak- budak yang race motor. Kesannya di otak kiri. Lumpuh di anggota bahagian kanan. Hampir setahun terlantar dan syukur kini ade perkembangan walaupun mengalami masalah ingatan dan berperangai keanak- anakan. Kasih ibu dan ayah yang menjaga. Tabah sungguh. Waktu tu aku hampir menitiskan air mata. Tabik spring dengan ketabahan family dia. Yelah, anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari, di jaga, di curahkan kasih sayang, dengan harapan boleh menjadi orang yang berguna kelak, akhirnya tidak kesampaian apabila musibah melanda.
Kisah terakhir, aku bahasakan M sahaja. Kemalangan sewaktu nak ke kelas pada waktu pagi. Kecederaan di tulang belakang dan tulang rusuk. Kesan yang jelas, lumpuh dari pinggang ke bawah. Dalam proses pemulihan juga. Tadi yang ada kat sisi dia ialah mak dia sendiri. Yang setia membantu dia untuk kemana. Beralih dari kerusi roda ke katil dan sebagainya. Dilakukan dengan bantuan student atau staff nurse. Kasih ibu kan? Sanggup ada di sisi anak yang di kasihi ketika susah dan senang. Tak terpancar walau sedikit pun rasa kekesalan atau kepenatan menjaga anak yang tersayang.
Motif yang aku ingin kongsi ialah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada gantinya. Ayah dan ibu dah banyak berkorban dari kita kecil sampai kita dah besar sekarang ni. Waktu kita sakit, siapa yang bersusah payah tak tidur malam jaga kita? So, apabila mereka sudah tua, dan kita yang semakin dewasa ini, janganlah lupakan mereka. Janganlah kita sakit dan lukakan hati mereka. Jika ibu bapa kita masih ada, marilah kita berbakti kepada mereka. Apabila sudah tua dan mungkin terlantar, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita. Dan jika mereka sudah tiada, sedekahkan al- Fatihah kepada mereka. Semoga roh mereka tenang disana.
p/s: muhasabah diri. peringtan bersama. aku rindu family aku.. wuwuwu.
No comments:
Post a Comment