Friday, December 16, 2011

Kasih ayah dan ibu.

Assalamualaikum. Ya Allah. Setelah dua hari aku bertahan dan berpura-pura menjadi gagah, akhirnya hari ni terlerai air mataku.

*harap kalian yang membaca entry ini dapat sedekahkan al- Fatihah kepada arwah ayah housemate saya yang meninggal dunia pada hari ini.. Al- Fatihah


Okay, back to our topic. Hari ni hari terakhir aku menjalankan tanggungjawab sebagai student nurse dekat PKKN Sungai Buloh. Banyak kenangan yang aku dapat sepanjang bertugas  disini, sama juga semasa di HTAR. PKKN stands for Pusat Kawalan Kusta Negara. Kusta merupakan sakit yang melanda sebelum kita dilahirkan. Dan insya Allah, zaman sekarang sudah tiada penyakit ini. Pesakit yang ada kat sini, sudah jadi rumah tetap buat mereka dan mereka bagaikan satu family. Alhamdulillah, sepanjang bertugas kat sini, tidak banyak masalh yang timbul dan pesakit banyak memberi kerjasama. Malahan, mereka gembira dengan kehadiran kami, pelajar- pelajar. Pada aku, mereka tidak banyak ragam. Mereka cuma orang tua yang memerlukan perhatian. Kebanyakan ahli keluraga sudah meninggal dunia. Yelah mereka pun sudah lanjut usia. Kiteorang suka berbual dengan penghuni kat sini bila semua tugas selesai dilakukan.

Salah sorangnya mak cik H. Tak perlulah aku mentionkan namanya. ok? hehe. Orangnya comel sahaja. Seriously. Bermula dari kehidupan waktu kanak-kanak. Dia kehilangan ibunya ketika berusia 2 tahun. Ye 2 tahun. Usia yang terlalu muda. Then orang kampung bergilir- gilir menjaga dia. Berdasarkan apa yang dia cerita, dia ada 6 orang anak. Mula- mula dia tak nak masuk PKKN sebab takut. Tapi akhirnya anak- anaknya yang hantar ke sana. Tak dapat pula dikenal pasti sama ada anaknya ada datang menjenguk or tidak. Tapi apa yang mahu aku fokuskan ialah tentang kasih ibu. Seorang ibu boelh menjaga hingga sepuluh orang anak. Tapi dalam sepuluh orang anak itu, mampukah mereka menjaga ibu dan bapanya kelak?

Then aku pergi wad pemulihan. Kisah kedua, seorang budak lelaki berumur 17. Aku bahasakan F je. Kisah berlaku dua tahun lalu. Sewaktu nak ke kedai. Dia telah dilanggar oleh budak- budak yang race motor. Kesannya di otak kiri. Lumpuh di anggota bahagian kanan. Hampir setahun terlantar dan syukur kini ade perkembangan walaupun mengalami masalah ingatan dan berperangai keanak- anakan. Kasih ibu dan ayah yang menjaga. Tabah sungguh. Waktu tu aku hampir menitiskan air mata. Tabik spring dengan ketabahan family dia. Yelah, anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari, di jaga, di curahkan kasih sayang, dengan harapan boleh menjadi orang yang berguna kelak, akhirnya tidak kesampaian apabila musibah melanda.

Kisah terakhir, aku bahasakan M sahaja. Kemalangan sewaktu nak ke kelas pada waktu pagi. Kecederaan di tulang belakang dan tulang rusuk. Kesan yang jelas, lumpuh dari pinggang ke bawah. Dalam proses pemulihan juga. Tadi yang ada kat sisi dia ialah mak dia sendiri. Yang setia membantu dia untuk kemana. Beralih dari kerusi roda ke katil dan sebagainya. Dilakukan dengan bantuan student atau staff nurse. Kasih ibu kan? Sanggup ada di sisi anak yang di kasihi ketika susah dan senang. Tak terpancar walau sedikit pun rasa kekesalan atau kepenatan menjaga anak yang tersayang.

Motif yang aku ingin kongsi ialah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada gantinya. Ayah dan ibu dah banyak berkorban dari kita kecil sampai kita dah besar sekarang ni. Waktu kita sakit, siapa yang bersusah payah tak tidur malam jaga kita? So, apabila mereka sudah tua, dan kita yang semakin dewasa ini, janganlah lupakan mereka. Janganlah kita sakit dan lukakan hati mereka. Jika ibu bapa kita masih ada, marilah kita berbakti kepada mereka. Apabila sudah tua dan mungkin terlantar, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita. Dan jika mereka sudah tiada, sedekahkan al- Fatihah kepada mereka. Semoga roh mereka tenang disana.



p/s: muhasabah diri. peringtan bersama. aku rindu family aku.. wuwuwu.

Thursday, December 1, 2011

may i borrow your.....

Assalamualaikum. Aku tengah berhibernate minggu ni. haha. Hibernate lah sangat kan. Anatomy and subjek- subjek lain still kene study. Walaupun minggu kuliah dah berakhir, tapi lecturer still tuntut kelas ganti.

Dah berkurun aku  tinggalkan blog ni. Berhabuk bagai. Fuhhh. Penat bersihkan sawang- sawang ni. Okay, merepek sudaa. haha. Kali ni just nak berkongsi entry umum je. Tak ada kene mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Just opinion sahaja.

Korang pernah tak pinjam barang orang ataupun pernah tak orang pinjam barang korang? Rasenye semua mesti lalui perkara ni kan? Especially kategori and jenis yang duduk kat asrama. Barang di kongsi bersama. Well, aku tak ade lah pengalaman hidup kat asrama mase zaman sekolah dulu. Sekarang je. HAHA.

Kadang- kadang aku segan nak pinjam barang orang. Sebab aku takut aku tak mampu jaga barang orang tu dengan elok. Tapi sehingga tibanya suatu hari yang tak diduga. Aku terpaksa pinjam barang orang. Okay. Segala- galanya berjalan dengan lancar. Tak terduga lansung. Ada aktiviti yang menggunakan cecair yang susah nak hilang kalau terkena kat pakaian. YA ALLAH!! Aku tak kisah kalau yang terkena kat aku tu, pakaian aku sendiri. TAPI, ni orang punya wooo!! Okay, kalau sikit tu pun mungkin boleh dimaafkan, rendam beberapa hari mungkin boleh hilang. Aku sentap woo. Semua yang ade kat situ terkena cecair tu dalam kuantiti yang banyak. Kalau kau tengok pun, mungkin mengucap je lah yang mampu. Balik je aku terus rendam pakaian tu dengan air sabun. Chemical reaction yang berlaku: bahagian yang terkena cecair tu jadi warna merah! Honestly pakaian tersebut adalah tudung berwarna cream. Cream. Mungkin kalau putih aku boleh guna peluntur. err, kalau cream? boleh ke? aku tak berani nak cuba. Setelah beberapa hari aku rendam, adelah sikit hasil. tapi bahagian sulaman corak bunga yg merupakan kawasan banyak sulaman benang, kesan cecair tu tak hilang. Aku dengan muka yang tebal, rase bersalah, jumpa tuan kepada tudung tu. Aku cakap perkara sebenar... Aku malu okay! Nasib baik tuan kepada tudung tu jenis yang baik, ok je. Kalau kene tuan yang jenis panas baran, mau aku kene campak dari tingkap agaknya. haha. Aku dengan rela hatinya, tanpa paksaan sesiapa, akan mengantikan tudung tersebut dengan yang baru. Semoga perkara ini tak berulang lagi. Dan kepada penganjur program, harap dapat buat sedikit kajian tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan. Kecewa woo.

Satu cerita dah habis. Itu kisah aku pinjam barang orang. Kali ni orang pinjam barang aku. General niatku. Tak tujukan kepada sesiapa pun. Aku fobia okay dengan serangan virus. Bukan serangan di kehidupan realiti, tapi serangan virus dalam laptop! hidup dah makin moden ni, macam- macam jenis virus ade. Ade antivirus. Apa salahnya scan sekejap, tunggu sekejap. Dah la buat depan mata aku, panas woo hati aku. Kalau kene virus, kene format, kau nak bayar ke kos tu? haa. Jawab. Jawab.

p/s: beringatlah. kita pinjam barang orang, buatlah mcm kita pinjam barang orang. jgn buat mcm harta sendiri. nanti bila sesuatu dah berlaku, sorang pun tak nak bertanggungjawab. haishhh. hidup ni umpama roda. mungkin kau boleh buat mcm tu kat org. dan mungkin juga suatu hari nanti orang akan buat kat kau, berkali ganda lagi teruk. time tu nak menyesal pun tak guna. kan? kan? teremo pulak entry kali ni. ehh, lupa. aku memang emo. haha.

*hiasan je. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...