Friday, December 16, 2011

Kasih ayah dan ibu.

Assalamualaikum. Ya Allah. Setelah dua hari aku bertahan dan berpura-pura menjadi gagah, akhirnya hari ni terlerai air mataku.

*harap kalian yang membaca entry ini dapat sedekahkan al- Fatihah kepada arwah ayah housemate saya yang meninggal dunia pada hari ini.. Al- Fatihah


Okay, back to our topic. Hari ni hari terakhir aku menjalankan tanggungjawab sebagai student nurse dekat PKKN Sungai Buloh. Banyak kenangan yang aku dapat sepanjang bertugas  disini, sama juga semasa di HTAR. PKKN stands for Pusat Kawalan Kusta Negara. Kusta merupakan sakit yang melanda sebelum kita dilahirkan. Dan insya Allah, zaman sekarang sudah tiada penyakit ini. Pesakit yang ada kat sini, sudah jadi rumah tetap buat mereka dan mereka bagaikan satu family. Alhamdulillah, sepanjang bertugas kat sini, tidak banyak masalh yang timbul dan pesakit banyak memberi kerjasama. Malahan, mereka gembira dengan kehadiran kami, pelajar- pelajar. Pada aku, mereka tidak banyak ragam. Mereka cuma orang tua yang memerlukan perhatian. Kebanyakan ahli keluraga sudah meninggal dunia. Yelah mereka pun sudah lanjut usia. Kiteorang suka berbual dengan penghuni kat sini bila semua tugas selesai dilakukan.

Salah sorangnya mak cik H. Tak perlulah aku mentionkan namanya. ok? hehe. Orangnya comel sahaja. Seriously. Bermula dari kehidupan waktu kanak-kanak. Dia kehilangan ibunya ketika berusia 2 tahun. Ye 2 tahun. Usia yang terlalu muda. Then orang kampung bergilir- gilir menjaga dia. Berdasarkan apa yang dia cerita, dia ada 6 orang anak. Mula- mula dia tak nak masuk PKKN sebab takut. Tapi akhirnya anak- anaknya yang hantar ke sana. Tak dapat pula dikenal pasti sama ada anaknya ada datang menjenguk or tidak. Tapi apa yang mahu aku fokuskan ialah tentang kasih ibu. Seorang ibu boelh menjaga hingga sepuluh orang anak. Tapi dalam sepuluh orang anak itu, mampukah mereka menjaga ibu dan bapanya kelak?

Then aku pergi wad pemulihan. Kisah kedua, seorang budak lelaki berumur 17. Aku bahasakan F je. Kisah berlaku dua tahun lalu. Sewaktu nak ke kedai. Dia telah dilanggar oleh budak- budak yang race motor. Kesannya di otak kiri. Lumpuh di anggota bahagian kanan. Hampir setahun terlantar dan syukur kini ade perkembangan walaupun mengalami masalah ingatan dan berperangai keanak- anakan. Kasih ibu dan ayah yang menjaga. Tabah sungguh. Waktu tu aku hampir menitiskan air mata. Tabik spring dengan ketabahan family dia. Yelah, anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari, di jaga, di curahkan kasih sayang, dengan harapan boleh menjadi orang yang berguna kelak, akhirnya tidak kesampaian apabila musibah melanda.

Kisah terakhir, aku bahasakan M sahaja. Kemalangan sewaktu nak ke kelas pada waktu pagi. Kecederaan di tulang belakang dan tulang rusuk. Kesan yang jelas, lumpuh dari pinggang ke bawah. Dalam proses pemulihan juga. Tadi yang ada kat sisi dia ialah mak dia sendiri. Yang setia membantu dia untuk kemana. Beralih dari kerusi roda ke katil dan sebagainya. Dilakukan dengan bantuan student atau staff nurse. Kasih ibu kan? Sanggup ada di sisi anak yang di kasihi ketika susah dan senang. Tak terpancar walau sedikit pun rasa kekesalan atau kepenatan menjaga anak yang tersayang.

Motif yang aku ingin kongsi ialah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada gantinya. Ayah dan ibu dah banyak berkorban dari kita kecil sampai kita dah besar sekarang ni. Waktu kita sakit, siapa yang bersusah payah tak tidur malam jaga kita? So, apabila mereka sudah tua, dan kita yang semakin dewasa ini, janganlah lupakan mereka. Janganlah kita sakit dan lukakan hati mereka. Jika ibu bapa kita masih ada, marilah kita berbakti kepada mereka. Apabila sudah tua dan mungkin terlantar, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita. Dan jika mereka sudah tiada, sedekahkan al- Fatihah kepada mereka. Semoga roh mereka tenang disana.



p/s: muhasabah diri. peringtan bersama. aku rindu family aku.. wuwuwu.

Thursday, December 1, 2011

may i borrow your.....

Assalamualaikum. Aku tengah berhibernate minggu ni. haha. Hibernate lah sangat kan. Anatomy and subjek- subjek lain still kene study. Walaupun minggu kuliah dah berakhir, tapi lecturer still tuntut kelas ganti.

Dah berkurun aku  tinggalkan blog ni. Berhabuk bagai. Fuhhh. Penat bersihkan sawang- sawang ni. Okay, merepek sudaa. haha. Kali ni just nak berkongsi entry umum je. Tak ada kene mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Just opinion sahaja.

Korang pernah tak pinjam barang orang ataupun pernah tak orang pinjam barang korang? Rasenye semua mesti lalui perkara ni kan? Especially kategori and jenis yang duduk kat asrama. Barang di kongsi bersama. Well, aku tak ade lah pengalaman hidup kat asrama mase zaman sekolah dulu. Sekarang je. HAHA.

Kadang- kadang aku segan nak pinjam barang orang. Sebab aku takut aku tak mampu jaga barang orang tu dengan elok. Tapi sehingga tibanya suatu hari yang tak diduga. Aku terpaksa pinjam barang orang. Okay. Segala- galanya berjalan dengan lancar. Tak terduga lansung. Ada aktiviti yang menggunakan cecair yang susah nak hilang kalau terkena kat pakaian. YA ALLAH!! Aku tak kisah kalau yang terkena kat aku tu, pakaian aku sendiri. TAPI, ni orang punya wooo!! Okay, kalau sikit tu pun mungkin boleh dimaafkan, rendam beberapa hari mungkin boleh hilang. Aku sentap woo. Semua yang ade kat situ terkena cecair tu dalam kuantiti yang banyak. Kalau kau tengok pun, mungkin mengucap je lah yang mampu. Balik je aku terus rendam pakaian tu dengan air sabun. Chemical reaction yang berlaku: bahagian yang terkena cecair tu jadi warna merah! Honestly pakaian tersebut adalah tudung berwarna cream. Cream. Mungkin kalau putih aku boleh guna peluntur. err, kalau cream? boleh ke? aku tak berani nak cuba. Setelah beberapa hari aku rendam, adelah sikit hasil. tapi bahagian sulaman corak bunga yg merupakan kawasan banyak sulaman benang, kesan cecair tu tak hilang. Aku dengan muka yang tebal, rase bersalah, jumpa tuan kepada tudung tu. Aku cakap perkara sebenar... Aku malu okay! Nasib baik tuan kepada tudung tu jenis yang baik, ok je. Kalau kene tuan yang jenis panas baran, mau aku kene campak dari tingkap agaknya. haha. Aku dengan rela hatinya, tanpa paksaan sesiapa, akan mengantikan tudung tersebut dengan yang baru. Semoga perkara ini tak berulang lagi. Dan kepada penganjur program, harap dapat buat sedikit kajian tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan. Kecewa woo.

Satu cerita dah habis. Itu kisah aku pinjam barang orang. Kali ni orang pinjam barang aku. General niatku. Tak tujukan kepada sesiapa pun. Aku fobia okay dengan serangan virus. Bukan serangan di kehidupan realiti, tapi serangan virus dalam laptop! hidup dah makin moden ni, macam- macam jenis virus ade. Ade antivirus. Apa salahnya scan sekejap, tunggu sekejap. Dah la buat depan mata aku, panas woo hati aku. Kalau kene virus, kene format, kau nak bayar ke kos tu? haa. Jawab. Jawab.

p/s: beringatlah. kita pinjam barang orang, buatlah mcm kita pinjam barang orang. jgn buat mcm harta sendiri. nanti bila sesuatu dah berlaku, sorang pun tak nak bertanggungjawab. haishhh. hidup ni umpama roda. mungkin kau boleh buat mcm tu kat org. dan mungkin juga suatu hari nanti orang akan buat kat kau, berkali ganda lagi teruk. time tu nak menyesal pun tak guna. kan? kan? teremo pulak entry kali ni. ehh, lupa. aku memang emo. haha.

*hiasan je. haha

Monday, November 14, 2011

11.11.11

Assalamualaikum. Aku telah kehilangan seorang atok yang sangat periang and baik. Tanggal 11.11.11, atok aku, Md Yatim bin Suleiman pergi meninggalkan isteri, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Sudah tiba masanya untuk arwah bertemu dengan Penciptanya.

Kebetulan aku tengah cuti midsem seminggu. so, aku ade kat rumah. Balik je, aku dikhabarkan dengan berita atok yang tak sihat. Sudah terlantar kat hospital, tak mampu bercakap, hanya mampu minum susu yang dimasukkan lalu tiub je. Hari pertama aku jejakkan kaki ke hospital untuk melawat arwah ialah hari sabtu, sehari selepas kepulangan ku ke bumi JB. Aku sebak tengok keadaan arwah yang makin kurus, pipinya yang cengkung. Sampai suatu saat aku tak dapat menahan air mata. Aku mengalirkan air mata di luar wad. Walaupun nampak kurus, tapi sebenarnya badan arwah bengkak  sebab edema. Bila aku pegang tgn arwah, aku dapat rasakan keadaan tersebut. Mula-mula aku takut nak pegang arwah sebab takut akan mencederakannya. Tapi aku gagahkan diri jugak.

Hari kedua aku melawat arwah kat hospital. Hari Ahad. Hari Raya Aidiladha. Keadaan arwah tetap sama. cuma kali ini lebih baik berbanding semalam. Arwah buka mata hari ni. Lihat setiap seorang yang datang melawat beliau. Aku masih ingat lagi pandangan mata arwah. Aku usap-usap tangan arwah.

Hari seterusnya, Isnin. Aku pergi lagi ke hospital. Kali ni pergi lagi awal dari semalam. Tapi entah kenapa aku tak sedap badan. Aku demam. So, aku telan je 2 biji panadol. Then doktor datang. Nak masukkan insulin. Masa tu doktor palpate/ percused tangan arwah untuk cari urat dan tiba- tiba, terpancut darah keluar dari tangan arwah. Gelabah doktor jadinya. Kiteorang yang ade kat situ pun terkejut.

Tak silap aku, hari selasa atok aku dah dibenarkan pulang. Selasa dengan rabu aku tak pergi tengok arwah. Aku pergi hari khamis. Masa tu, Mak Unggal, Pak Long, Pak Ngah dengan family masing- masing ada. Aku duduk kat satu sudut. Aku ternampak muka kakak sedara aku yang tak bermaya. Macam baru lepas nangis. Macam- macam aku fikir. Hati aku ni tisu. Aku tak kuat. Lepas tu aku nampak kakak sedara aku peluk arwah yang terbaring. Peluk erat- erat. Sebak aku tengok. Nangis lagi aku. Arwah dah tak macam semalam. Hati ni terlantar je. Mata pun dah tak nampak agaknya. Nafas pun bunyi kuat. Malam tu arwah buang air besar dalam pampers. Oleh sebab arwah terbaring atas katil bujang, dan bukan macam katil hospital, maka proses pembersihan itu agak sukar dilakukan. Kesian arwah. Aku nampak muka arwah berkerut tahan sakit. Aku dangan kakak sedara aku (nurse juga), bersihkan najis arwah. dan mungkin kerana pakai pampers lama sgt dan terbaring, kulit arwah melecit dan luka. Aku dengan kakak sedara aku tolong sapukan ubat. Abah, dengan bapak saudara aku aku, tolong posisikan arwah. Lepas tukar pampers, arwah tidur. Aku dengan family balik dekat pukul 12 tengah malam.

Esoknya, 11.11.11, dalam lingkungan pukul 11, abah call mak. Atok dah tak de. :( aku macam tak percaya sebab baru je semalam tukar kan pamper arwah. serius. Sehinggalah kami menjejakkan kaki ke dalam rumah arwah. Aku nampak sekujur tubuh terbaring kaku. Dilitupi dengan kain batik lepas and kain putih. Keliling katil arwah, orang baca Yaasin. Air mata aku gugur lagi. Aduh! tak baik nangis depan arwah. Tapi aku tak tahan. Aku ikut utk bacakan Yaasin utk arwah. Oleh kerana arwah meninggal hari jumaat, urusan memandi and kafan dilakukan selepas solat Jumaat. Dalam pukul 2.30 arwah dibawa ke masjid utk dimandikan dan dikafankan. Dah selesai dikafankan, waris arwah diberi pelunag untuk mencium arwah buat kali terakhir. Putih suci muka arwah. Solat jenazah dilakukan lepas solat Asar. Lepas tu, kami mengiringi van jenzah ke tanah perkuburan. Kami tunggu sehingga semua selesai dilakukan. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat. AL- FATIHAH.


kenangan arwah bersama isteri tercinta pada raya Aidilfitri yg lalu.

Thursday, October 27, 2011

Contest Best Photo of Me by Mayalisa



Assalamualaikum. Ni merupakan first time join contest. HAHA. Contest ni dianjurkan oleh Mayalisa. Gambar yang menjadi pilihan pulak:



DAN.....


Gambar biasa2 je. Tak fotogenik ponn. :D 

okay. Gambar settled sudaa. hehe. sekarang ni saya tembak Feyza Zaid and Izzati Afiqah. Jom2 join contest ni. the more the merrier. err.. hehe!


Tuesday, October 25, 2011

REFLEKSI DIRI

assalamualaikum. sedikit down hari ni. walaupun pada awalnya sangat lah lega sebab presentation BEL dah selesai. petang ada anatomy. aku gembira dengan teknik mengajar dr. sebab cara baru tu buat aku alert dalam dewan kuliah, buat aku tak tidur dalam dewan kuliah. sampai aku di cop suke tidur dalam dewan kuliah.. sentap. it's ok. HAHA. ade presentation anatomy. not really like the real presentation. secara spontan kot. aku memberanikan diri utk bercakap di khalayak ramai. maka aku pun angkat tangan lah. tapi mungkin sbb ilmu belum penuh di dada kan.. penyampaian aku TERUK. itu yang aku rasa. dengan bahasa yg haishh. entah lah.aku tak tahu lah dorg faham tak ape yang aku cuba sampaikan. mestilah kebanyakkannya tak.. dah lah refer 100% on buku teks. haishh. yana yana.. aku kene tegur. aku terima. cume sentap. HAHA. i did study the whole chapter. i did my own note. aku tak main tangkap muat je. satu je silapnya. penyampaian aku macam tahi.. sorry guys and girls. aku amek peluang korg utk speak kat depan td.. :'(

looking at the bright side what did dr said. tak salahkan dia. aku cume penuntut ilmu. pahit manis, mahu tak mahu kene telan. :')

p/s: thanks to EN. M sebab sudi dgr sume luahan hati saya. and thanks jugak kpd cik deeya sbb banyak bagi semangat kat aku. terharu.. wuwuwu. nak emo kejap.


Sunday, October 23, 2011

burung hantuu..

Assalamualaikum. Aku tak boleh tido laa. Yes. Keje memang banyak. Sekarang ni aku sedang merehatkan otak dan minda setelah berhempas pulas membaca + buat nota anatomy. haha.

Aku cuma nak share beberapa perkara je.

Al- kisah, coursemate aku ditimpa kesusahan, luka di kaki. Atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, beliau terpaksa berjalan dalam keadaan yang penuh berhati-hati. Kebetulan pula pada waktu itu, hujan lebat membasahi bumi. Dalam perjalanan pulang, kiteorg naik lif. Tapi, alangkah sedih dan sadisnya bila tiba waktu nak keluar dari lif, orang berpusu nak naik lif. padahal lif tu muat nak sumbat semua yang ade mase tu. Coursemate aku ni dah lah ade kecederaan kat kaki, boleh pulak orang dgn selamba langgar dia sampai dia hampir jatuh. Nasib baik lah ade kawan aku lagi sorang papah dia. Yang paling tak boleh blaa tu, lelaki yang langgar dia. Lelaki tau! OH MY GOD! Dimanakah perasaan peka terhadap kesusahan orang lain? Tak tahu nak cakap macam mana....

Next, berbicara pasal naik tangga. Lebih- lebih lagi tangga yang tinggi ke langit. haha. Kadang- kadang aku nak turun tangga pun aku tengok kiri kanan, depan belakang. Tengok sama ada kat depan aku ade tak orang yang naik. Sebab, naik tangga lebih memerlukan tenaga berbanding menuruninya. kan? So, please have a pity for those who climbing up the stairs. Sila berikan laluan. Apalah salahnya jika kita yang menuruni tangga ni beri laluan kepada mereka. Tapi kalau dah kiri kana org naik tangga, tu memang tak dapat nak dielakkan lah! :P

tu je kot nak kongsi..
anatomy tersayang memanggilku utk membacanya. haha
Salam. :)

Saturday, October 22, 2011

KAMI JUNIOR. THANK YOU SENIOR! :)

Assalamualaikum. Pagi- pagi yang begitu hening ni aku nak kongsi tentang orientasi kami. Aku sedikit lambat nak post perkara-perkara ni sebab aku sangat busy woo. Nak menulis kat blog sampai rase serba salah. HAHA! Banyak sungguh assignment kene buat. Dan yang sangat terhebat, semua kene hantar minggu depan weyyy! Kita layan lah gambar-gambar~













*sila abaikan model di belakang. :D

ni pulak model binaan kami. buaian. nampak comel kan?

bersama group lain.


TAPI......

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

......

ini hasilnya setelah ujian ketahanan dan keutuhan binaan diuji. hancus sudaa buaian kami yg comel ni. ahaks~!


akhir sekali, thanks to our senior and super senior.. ^^



tu diaaa :)
btw, some photos are grabbed from kak Atikah M. Nawawi.

maaf penggunaan bahasa bercampur- campur.
jumpa lagi. ^^
salam :)
senyum :)

Sunday, October 9, 2011

SEMBILAN SEPULUH SEBELAS.

Assalamualaikum. Perasan tak tarikh hari ni? Cantik. 9/10/11. Sekarang ni tengah banyak gilaa assignment. T.T tension woo. Antara assignmentnya ialah, anatomy, NRS 404, dan health psychology. Yes! Untuk outline BEL aku dah siap, dah email kat lect. kekeke. NRS 404 dah cari bahan tinggal nak gather dalam group je. Insya Allah. Health psycho? anatomy? ehem. ontheway. haha.

Oh ya, hampir terlupa. Start esok sampai 16 oktober, ade orientasi kos. kiteorang kene buat video berkonsepkan 10 s dalam kejururawatan. Mahu tahu ape itu 10s?

1. Senyum.
2. Salam.
3. Sentuh.
4. Sensitif.
5. Segera.
6. Semangat.
7. Selidik.
8. Selia
9. Segak.
10. Sopan.

So, konklusinya, ade idea tak macam mana nak buat video nanti? kekeke. Lagi satu perkara kene fikirkan. >,<






Nursing equipment. Siapa cakap nursing ni kos cikai? Siapa kata nursing ni senang? Doktor lebih kepada curing disease, kami pula lebih kepada penjagaan pesakit. :)

Itu je nak kongsi. Okay. Bye. peace. (n_n)Y

Thursday, September 15, 2011

Approved!


Assalamualaikum. hehe. Masa lapang di isi dengan ber-online. Sementara assignment masih belum berlambak. haha. Kak Husna Hadzarami dah approve friend request aku kat facebook and she replied my wall post. Thank you kak husna. :) hehe.

Tuesday, September 13, 2011

UiTM PUNCAK ALAM

Assalamualaikum. Our first class will be started on Wednesday, which means tomorrow. :) Okay. Kali ni aku saja nak kongsi tempat aku belajar, UiTM Puncak Alam. Tempat ni seriously best! Thumbs up! Hehe. Sekitar kawasan kampus masih lagi dalam pembinaan. Banyak construction workers kat sini. Setakat hari ni, yang aku tahu, pembinaan yang dilakukan adalah Fasa 1, Zon 2. Semua kos akan ada kat sini (kalau tak silap aku lah), dan Puncak Alam bakal menggantikan Shah Alam sebagai induk. Nama pun kampus baru kan. So everything here are new. hehe.

Paling famous, tangga 'Batu Caves'. *sumber En. Google.





ni dewan kuliah.

view sekitar FSK 7

direktori pun amek? :P


kawasan fakulti.

keje giler lepas ronda kawasan fakulti. haha.

Okay. Yang seterusnya tak berkaitan dengan Puncak Alam. Caye x ni aku yang lukis? harhar.




Tu je yang nak dikongsi kali ni. Ok. Good night. Esok kelas aku pukul 8.30.. tskkkk..

Sunday, September 11, 2011

MINGGU DESTINI SISWA.

Assalamualaikum. Minggu Destini Siswa ( minggu oreintasi ) dah pun berakhir hari Jumaat lepas. Lambat sikit update. Enjoy mase tidur dulu. Haha. Nak berkongsi pengalaman mase MDS ni.

6 SEPTEMBER 2011.
Aku sampai kat UiTM Puncak Alam dalam pukul 8.30 pagi. Daftar kolej kediaman and bawak masuk barang. nasib baik datang awal, dapatlah rumah kat tingkat satu. Konsep kolej kediaman kat sini bukan lah macam dulu. It's more like an apartment, except it doesn't have kitchen. :D Dalam setiap rumah ada 4 bilik dan setiap bilik ada 2 orang. Aku dari Johor, whereas roomate aku dari Perlis. Great! Utara dan selatan. hehe. Tak sempat pun kemas barang- barang dalam bilik, kiteorang pergi keluar beli barang aku, dalam kawasan kolej je lah. Then mak abah bertolak balik JB dalam pukul 11 lebih. Pukul 4 baru kiteorang dikumpulkan. Bermulalah sesi MDS.


inilah roomate aku. <3 *ni tudung UiTM. seyes lembik and susah nak pakai. maka terpaksalah aku pakai macam selendang. :D

one of my housemate, ex-KMNS. :D

7 SEPTEMBER 2011
Pukul 5 pagi dah bangun, bersiap- siap untuk solat jemaah. Then ada kuliah subuh. Lepas bereakfast, kiteorang di bawa ke fakulti masing- masing untuk daftar. Berjalan kaki dari kolej ke fakulti. Menuruni anak tangga Tangga Kejayaan aka tangga Batu Caves. Lepas selesai daftar, balik semula ke kolej aku. Ehh, lupa pulak nak perkenalkan. Kami ditempatkan di Kolej Angsana. Lunch kemudian balik bilik kejap. Lepas solat Zohor kat bilik kiteorang dikumpulkan semula kat Kolej Angsana. Time ni dah mula hujan, and when we started to walk to the college, it rains heavily. Angin kencang okay. Sampaikan time aku berlari rase mcam  kene terbang ditiup angin. And yes for sure, I'm wet.:) Tahap angin tu sampai merobohkan dan menumbangkan sebahagian khemah dan kerusi pendaftaran. Kuasa Allah. :) 



tumbangg~

basah- basah!!

tukar baju. :D

Petang ada lagi aktiviti. Kami dibawa melawat sekitar kawasan fakulti, menuruni lagi anak tangga Tangga Kejayaan. Masa first time nak naik, ya Allah, aku rasa macam nak putus nafas. Dahla aku dgn roomate aku orang paling depan sekali. Bila dah sampai puncak, pehh, legaa giler. Abang fasi janji nak lepaskan kiteorang awal. Tapi lepas pukul 11, kiteorang gerak ke padang kawad. Ingatkan nak kene kawad malam- malam, rupanya tak. haha. Yang tak bestnya, kiteorang kene basuh habis- habis dgn abang akak fasi ni. Sebab kiteorang SKEMA! Seyes aku pun rase batch kiteorang macam uh, especilly boys. Sorry guys! :D balik bilik dalam pukul 2. Tak mandi, terus tidur sebab dah tak larat.

=..="

8 SEPTEMBER 2011
Macam biasa, kene bangun awal. Aku bangun before pukul 5. Around 4.45 gitulah. Tengok cermin je, haa kau! mata merah macam biji saga! Tak cukup rehat! :D Lepas solat subuh je, ade kuliah subuh. Haa, time ni best. aku dengan roomate aku apa lagii, tidurlahh! haha. Aku tidur dah macam roller coaster. kalau tak silap aku, petang kiteorang pergi Fakulti Farmasi. Ada perjumpaa dengan Penolong Naib Canselor.

9 SEPTEMBER 2011
Hoyeahhhh! Hari terakhir! :) Kiteorang pergi UiTM Shah Alam. Perjumpaan dengan Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar. Best gile dapat tgk dia secara live. Dalam talk tu, Dato' bercerita tentang pengalamannya untuk berjaya. Beliau sangat hebat okay! Aku bangga menjadi anak UiTM. and dia banyak ingatkan kiteorang pasal destini anak bangsa. Kitalah yang bakal mengubah nasib bangsa kita.        Jangan nak cakap UiTM ni universiti low class okay sebab based on Dato', graduan UiTM lebih meguasai pasaran pekerjaan, around 80%. :)


Pulang semula ke Puncak Alam dalam pukul 5.30 petang. Jalan jammed. Haa kau, sampai je Palam, berkejaran nak pergi solat,lepas tu balik bilik, bersiap- siap untuk majlis penutup lepas Isya'. Kiteorang dikumpulkan sekali lagi dalam dewan kuliah di Fakulti Farmasi. Ada tayangan video korporat UiTM dan serba sedikit sejarah mengenai UiTM. Tak tergambar and can't express in words perasaan menjadi anak UiTM. Seperti yang diketahui, UiTM are for the bumiputras. Inilah benteng kita untuk mempertahankan bangsa. Dan bangsa kitalah yang akan terus mengekalkan Islam sebagai agama rasmi. :) Lepas tayangan, ade prank untuk budak- budak yg sambut birthday sepanjang MDS. haha. Cian kami. :D The time has come. Sesi untuk berendam air mata, touching2. Nak berpisah dgn abang akak fasi kan? Lepas ni dah tak de lah orang guide kami. All by our own. finally, ade sesi amek gambar mengikut kumpulan masing- masing. :') Semoga sukses akan berada dalam genggaman kami. Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...