Tuesday, September 9, 2014

Bersyukur

Assalamualaikum. sekadar luahan perasaan.

Seperti tajuk yang tertera di atas. Bersyukur..

Aku..
Bersyukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik setelah hampir setahun aku berjuang.
Bersyukur sebab masih dipanjangkan umur..
Bersyukur sebab ada mak abah along adik and awak..
Bersyukur sebab ada family yang sayang aku..
Bersyukur sebab ada keluarga bahagia dalam kesederhanaan..

Tapi..
aku hanya lah manusia biasa..

Tidak dinafikan..
kadang terdetik, terlintas di hati ni.. rasa..kenapa macam ni.. kenapa macam tu..

Allah.
Bersyukur yana..

Dulu..
Rasa zaman sekolah tu macam robot. Rutin yang sama setiap hari. Bangun. Sekolah. Kelas. Balik. Makan. Study. Tido. Macam gitulah sampai SPM. Masa tu tak kenal lagi dunia realiti ni..

Lepas SPM, masuk matrik.. dah mula diuji.. macam2..
Pointer lah jugak sebenarnya...
Mungkin masa sem 2 kat matrik tu aku busy sangat..mungkin. Ditambah pula dengan kemalasan yang cukup rasa..
Aku masih ingat lagi kata2 cikgu Ruszaidi.. pasal join program..
"Awak betul ke nak join program- program ni?"
Aku yang waktu itu mungkin tamak nak rasa pengalaman, aku terima untuk join program.. walaupun cikgu Rusz pernah pesan, risau pointer aku jatuh.. dan akhirnya jadi nyata. Pointer jatuh. Allahu. Silap diri sendiri jugak yana.. silap diri sendiri..

Lepas matrik, apply degree...
Dapat kos, kejururawatan. Allahu. sebak..
Tak dapat dinafikan, aku menangis satu hari tu lepas check result..
Mak abah yang pilih kos ni untuk aku..
Dah tertulis.. lari lah kau ke lubang cacing.. apa yang sudah Allah rancang, itu yang terbaik buat kita..
Tawaran SPA lepas SPM pun aku dapat kejururawatan.. tapi aku tolak..
Kadang kita mungkin tak suka sesuatu, walhal itu yang terbaik buat kita..

Masuk universiti.
Allahu. Ujian. Ujian kesihatan. sekali lagi... sampai satu tahap, tak dapat focus..
lantas..pointer jatuh..
Mak abah berusaha, berhabis duit untuk kesihatan aku. Dan atas izin Allah.. aku kembali sihat..
Syukur..
dan sem- sem seterusnya, aku kembali ke track yg betul.
Result, alhamdulillah. Menggembirakan mak abah..

Tapi..
Sekarang dah masuk final year..
Loan PTPTN.
Full loan..
Aku tak mampu nak hadiahkan result untuk jadi biasiswa..
Setelah sedikit kajian, tambah tolak darab, bahagi..
kemungkinan untuk 1st class degree..adalah jauh..walaupun dekat.

Pernah..
Mengeluh...
Mengadu kat mak..
Kemungkinan untuk tukar loan tu, adalah jauh..
Tapi..
Mak nasihatkan aku..
aku dah cuba yg terbaik..
cuma satu sem tu aku jatuh.. atas faktor kesihatan..
tambah mak lagi, usah disesalkan satu sem yang jatuh itu..
sbb apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...
dan kejatuhan itu, bukanlah kehendak kita sendiri..

Tambah mak lagi..
Bersyukur lah angah..
Bersyukur.
Allah dah kembalikan kesihatan itu..

Tercetus dalam hati..
Andai kata waktu itu, Allah mencabut nyawa aku..
Aku kene tinggalkan family..awak.. kawan- kawan.. saudara mara...
Bersediakah aku?

Maka..
Bersyukur lah yana..
Atas segala nikmat dunia yang Allah pinjamkan..

Alhamdulillah..Syukur Ya Allah..

Tuesday, September 2, 2014

DUA DARJAT?

Hai hai. Assalamualaikum. lama yang tersangat lama tak update blog. Orang pun memang tak sudi baca dah blog kan. Haha. Okay whatever.

Hari ni cuma nak kongsi sesuatu. Dari dulu aku rasa benda ni. Mungkin cuma mainan perasaan.. tapi...mengganggu lah jugak.. By the way, hari ni aku scroll Fb, aku dapat berita kawan sekolah rendah aku kahwin. tahniah kepada pasangan berkenaan yup. Semoga berkekalan hingga nafas terakhir. Gitu.

Okay. Terus ke point utama. Pernah rasa tak perasaan dibandingkan dengan seseorang yang jauh lebih bagus? tahukan macam mana sakit, perit, pedih perasaan tu? Sekarang ni aku bukanlah  nak cakap aku sedang dibandingkan dengan seseorang. Cuma aku yang membandingkan diri aku sendiri dengan orang lain. Kawan- kawan sekolah aku semuanya boleh lah dikatakan hebat- hebat belaka. Ramai gak yang amek medik, farmasi, engineering, dentistry. Yang dapat biasiswa lah. Ohoi. So dapat bayangkan tak perasaan aku? Soon lepas graduate degree ni, aku bakal bekerja di hospital. To be honest, i am nurse-to-be. Maka bila difikirkan balik, oh-em-geee~ kau akan berhadapan balik dengan kawan- kawan sekolah menengah sekolah rendah kau yang amek medik, farmasi bla bla bla. Pheww!

Aku selalu terbayang, terfikir.. Macam mana situasi itu bakal berlaku? Tahu sebab apa? Sebab aku ada pengalaman buruk masa admitted KPJ. Staff nurse kat situ kene marah dengan doktor. Huaa! Ye, mungkin salah staff nurse tu. Tapi aku paling sensitif bab kene marah, terutama marah depan patient. HO pun aku pernah nampak kene marah siap dibaling fail oleh doktor pakar. Ya Allah. Aku memang alergi lah. tak kira lah siapa yang kene. So aku sekarang ni macam fobia bab kene marah. Tapi kan, tell me, keje apa yang tak kene marah? Unless you are working in your own office, or in other word, you are the boss. ZZZZZZ. Aku pernah cakap dengan abah, aku takut bila nak start keje nanti. takut kene marah dengan sister, dengan matron. Coz you're a freshie. Freshie that has not-so-many experience if compared with those seniors~

Mak abah selalu bagi semangat kat aku. Betul. Keje apa yang tak kene marah dengan bos? Untuk berjaya, kau kene hadapi semua tu.. Tabahkan hati, keraskan hati lah jawabnya.

Kadang hati ni nakal jugak.. T___T
Pernah terfikir, apa akan jadi kalau lepas SPM dulu, aku apply pengajian luar negara? Apa akan jadi kalau waktu tu aku dapat? Tapi, jangan pernah sekali lupa.. perancangan Allah itu maha hebatnya.. kita mungkin membenci sesuatu, walhal itu yang terbaik buat kita.. dan, sebenarnya, menjadi seorang staff nurse (Insya Allah) ada banyak baiknya.. kadang kita boleh muhasabah diri kita jugak. seperti kata- kata seorang teman, kerjaya seorang staff nurse ini mudah untuk mendapat pahala, mudah jugak untuk mendapat dosa.. maka, kejarlah mana yang patut. insya Allah.

Dan Allah telah tetapkan perjalanan setiap hambanya.. kalau semua orang nak jadi doktor, siapa pulak nak jadi yang lain. Tak gitu?

Sudah- sudah lah pandang belakang tu.. yang sepatutnya ialah fokus pada masa hadapan..    
Semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua. Insya Allah.


Sunday, March 3, 2013

Adik

Assalamualaikum. Hai hai. Apa khabar semua? Saja nak berkongsi berita gembira. Adik dah semakin sihat. Jahitan kat badan pun dah ditanggalkan. Terima kasih yang tak terhingga utk segala doa dan sokongan. seriously, waktu- waktu macam ni, pesakit dan keluarga sangat memerlukan sokongan.

Hmm. Mungkin ada yang tak tahu. Dah kenapa aku ni, tak ada angin, ribut, taufan dan sebagainya, tetiba nak ucap terima kasih dan sebagainya?

Sebenarnya adik kena pneumothorax. :(

Selama ni, aku cuma menghadap situasi kat hospital je. Situasi dimana bukan ahli kelurga aku yang sakit. Tapi sebenarnya, bila ahli keluraga kita yang sakit, Ya Allah, cuma Allah je yang tahu.

sebelum tu, entry kali ni agak panjang, maaf ye!

Alkisah, balik sekolah adik minum air sejuk kat sekitar kawasan sekolah. So sampai rumah je dah tercungap- cungap. Serangan asma lah tu. By the way, adik memang ada asma sejak dilahirkan. Bila kena asma, adik pakai inhaler. Lepas tu okay. Malam kena lagi. Mak abah terus bawak pergi klinik. Kenalah nebulizer untuk beberapa kali. Dan masa tu dia nampak okay. Sampai lah awal pagi sebelum subuh, dia mengadu kat mak, dia sesak nafas. Ni pun mak yang bagi tahu aku. Aku bangun pagi tengok keadaan dia macam teruk. Mak abah terus bawak pergi klinik lagi. Doktor pun dah risau sebab dah berapa kali nebulizer, masih tak okay. So, adik dirujuk ke Hospital Pakar Puteri, JB.

Dan dia ditahan wad. Aku ingatkan cuma serangan asma biasa. So aku lah yang teman dia sementara kat hospital. Mak abah balik ambil barang yang perlu. Time ni lah doktor datang. Doktor cakap dengan aku. Terangkan satu persatu. Keadaan paru- paru adik. Doktor tu tak guna jargon words. Dia lupa aku student nurse agaknya. hee. "Paru- paru adik awak ni ada udara. Salah satu urat tu dah putus tau. Udara tak dapat keluar, tu yang buat dia sesak nafas." Bahasa medicalnya, pneumothorax.

Masih aku ingat bicara doktor tu. Masa tu aku rasa terkejut, tak terkata, tak tahu nak reaksi apa. Seriuskah keadaan adik? Terus aku call mak abah suruh datang sebab doktor nak jumpa. Time ni hati aku jadi tisu. Aku menangis. :(

 Doktor nak jumpa mak abah sebab nak terangkan and nak sign mak abah sebab nak buat procedure kat adik. Doktor nak masukkan tiub kat dada unuk keluarkan udara. Adik diberi ubat tidur/ pelali. Lepas procedure, tengok keadaan adik antara sedar dan tak sedar. Ya Allah, sekali lagi emosi aku diuji. Entah kenapa hati ni jadi tak kuat. Ditambah dengan kehadiran bantuan pernafasan, aku rasa serius jugak keadaan adik. Lebih kurang seminggu adik kene tahan kat hospital swasta ni. Tapi keadaan dia masih macam tu. Walaupun dah boleh bernafas sendiri, tanpa bantuan pernafasan, tapi keadaan dalam paru- paru dia masih tak okay. Doktor cadang nak buat operation. Time ni aku dah kena balik Puncak Alam semula sebab nak settlekan hal praktikal yang masih ada baki 2 minggu.

First day.



sedih kan bila tengok orang yang kita sayang, nampak lemah tak bermaya.. :'(



Keadaan semakin ok, tapi paru- paru tidak pulih sepenuhnya.



ni semua kat Hospital Pakar Puteri, JB.

Dan sudah namanya swasta, kos nak bedah tu mencecah RM20000. Untuk pembedahan sahaja. Keluarga aku bukanlah senang mana, sederhana je. Lepas tu adik dirujuk ke hospital kerajaan. Hospital Sultanah Aminah. Adik masuk wad medical biasa. Kat sini adik kena tahan lama. Hampir 2 minggu! Lepas tu baru dirujuk kepada pakar. Semalam aku balik JB, hari ni adik dah pindah wad pakar. Petang tu doktor terangkan satu persatu dan abah kena tanda tangan beberapa borang. Esoknya adik akan dibedah!

Pagi tu, lepas mandi, aku tengok muka adik. Sempat lagi nak tangkap gambar. Memang nampak gelisah kat muka dia. Yelah, siapa yang tak gelisahkan bila nak kene bedah?



muka nervous! dgn mak and abah. 

Pukul 8.30 pagi, stretcher dah sedia. Adik pun dah pakai baju untuk masuk operation theater. Nurse ajak kitorang usung sampai pintu dewan bedah, untuk bagi semangat kat adik. Mak abah masuk sekali sebab perlu sahkan beberapa dokumen. Keluar je pintu, terus berjurai air mata mak. Aku pulak jenis yang tak boleh tgk orang yang aku sayang menangis. Nanti dengan aku sekali menangis. heww.

Lebih kurang 4 jam, adik baru keluar operation theater. Adik masuk kat bahagian high dependency unit, means kena monitor sebab baru balik operation. Gambar pon aku amek luar bilik HDU ni.




lepas operation, dalam bilik kaca.



hari kedua lepas operation, dah keluar dari bilik kaca.



hari keberapa entah dah lupa. tapi masa ni tiub dah dicabut. boleh tidur selesa sikit. :')


Dua hari adik dalam bilik HDU. Hari seterusnya adik dah nampak makin bertenaga, lagi- lagi bila dah boleh makan. Physiotherapy pun dah datang untuk ajar adik cara exercise, cara berjalan dan sebagainya. Time ni gak adik pindah katil. Dah keluar dari bilik kaca, pemantauan seperti biasa. Memang bersyukur sangat- sangat sebab adik nampak makin sihat. Lepas pembedahan, adik masih ada tiub yang disambung ke paru- paru untuk monitor sama ada masih ada udara atau tak. Dan syukur! Ada progress. Tiub tu pun dah tak keluar udara, means recovery sangat pantas! Tiub tu pun dicabut. Tapi adik demam.. Kejap okay, kejap tak. Tu yang kena tahan lama sikit untuk habiskan antibiotik.

Tanggal 12 Februari 2013, adik dibenarkan pulang! Yeay! :')

Syukur! Adik masih lagi dalam pantang, tak boleh makan makanan laut. Luka pembedahan tu pun nampak cepat kering.

Semoga sembuh sepenuhnya adik! Tahun ni adik SPM, good luck! :')

p.s: lepas ni giliran abah pulak. Abah ada masalah dengan injap jantung. Perancangan nak operate hujung tahun ni. May Allah ease. AMIN.

Monday, January 28, 2013

BAB LIMA

Deringan Nokia Lumia terus aku capai. Terus aku slide skrin untuk menjawab panggilan telefon.

"Assalamualaikum, Laila"

Oh, sedapnya suara kau Shah. Kau buat aku cair. Ibarat mentega yang berjemur di bawah terik mentari, pastinya akan cair! Aku terpesona, terkasima dan, dan, aku jatuh hati pada kau Shah!

"Laila? Laila? Hello, Laila? Kau masih disana?"

Aku tersentak dari lamunan. Kembali ke alam yang nyata disertai dengan senyuman yang melebar. Oh, hatiku berbunga- bunga. Seakan sebuah taman bunga yang sedang mekar. oh, Shah... semoga kita bakal mengakhiri kisah cinta ini dengan pengakhiran yang gembira.

"Ye, Shah. Aku masih kat sini. Kenapa ye kau call aku? Rindu eh?" aku gelak kecil. Saja mahu mengusik Shah.

"Aah Laila. Aku rindu kau. Dah lama tak dengar suara kau. Boleh kita jumpa untuk pertama kalinya, petang ni? Jumpa di pukul 5 kat Taman Bunga Fakulti Perakaunan ye. Bye. Hehe. Salam."

Taman Bunga? Petang ni? Jumpa untuk pertama kalinya? WOHOOOOO!!! Aku menjangkakan pertemuan ini adalah pertemuan yang romantis. Ahh, cepat cari baju yang sesuai untuk pakai petang ni! Cepat!!

Oleh kerana sibuk mencari baju yang sesuai, aku terlena. Terjaga pun dah lewat. Dalam pukul 4.30. Sepantas kilat aku capai tuala, persiapkan diri dan menunaikan solat. Fuh, nasib baik semua dah settle, tinggal nak pakai je. Aku sampai di Taman Bunga Fakulti Perakaunan tepat jam 5.10 petang. Ahh! Sedikit lewat. Dari jauh,aku sudah nampak Shah. Oh, kacaknya kau Shah! Tapi pada waktu yang sama, perasaan serba salah menyelubungi diri.

"Assalamualaikum, Shah..."

Dia menoleh ke arahku. Allahuakbar! Indahnya ciptaanmu Ya Allah. Shah bangkit dari duduk.

"Waalaikumusalam, Laila" sambil melemparkan senyuman yang manis kepadaku.

Peh, tingginya Shah! Dan, kau nampak sangat matang lagi kacak dengan kehadiran misai yang nipis, ibarat Aizat ketika Anugerah Juara Lagu baru- baru ini. Terasa jantungku berdegup kencang, terasa jantungku mengepam darah dengan lajunya, aku terasa mahu pitam..

Ahh, aku terduduk..

"Laila! Kau okay?"

Dengan selamba aku menjawab, " Aku terkejut tengok kau tinggi sangat. Haha."

Shah mengiringi gelak tawaku.

Shah mengajak aku mengelilingi Taman Bunga itu. Kebetulan pula, bunga- bunga sedang mekar berkembang. Wangi sunggu. Rupanya kehadiran Shah bukanlah berseorangan. tapi......

"Abang!"

Kami menoleh kebelakangan. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri. Siapakah gadis ini? dan kenapa dia panggil Shah dengan panggilan abang? Ahh..

"Oh, hampir terlupa pulak nak bagi tahu. Saya datang sini dengan adik saya. Namanya Ain."

Lah. Adik rupanya. Memang patutlah panggil abang. Macam manalah aku boleh lupa. Shah, kau memang suka buat kejutan untuk aku. Jangan suatu hari nanti aku didiagnose menghidap penyakit jantung sudahlah. Haha.

Walaupun jarak umur antara aku dan Ain hanya setahun, dia tetap menghormati aku.

"Ni, Ain nak bagitahu. Ain nak jumpa kawan Ain kat hujung sana. Nanti kalau ada apa- apa, abang call Ain je lah ye. Okeylah. Ain pergi dulu ye, abang, akak." disalam semula tanganku.

"Hati- hati tau Ain" ayat itu yang terpacul dari mulutku.

Jam menunjukkan 6.15 petang. Shah memberi tanda untuk pulang. Aku mengiyakan sahaja. Sebelum itu, Shah mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya, lalu di berikan kepadaku.

"Apa ni Shah?" aku mula cemas.

"Bukak lah. Ni memang untuk kau." Shah memang orang yang pemurah dengan senyuman walaupun aku menunjukkan muka yang cemas.

Dengan penuh hati- hati, aku membuka kotak itu...

"Rantai! Dengan loket SL! S= Shah? L= Laila?" aku meneka.

Shah mengangguk sambil tersenyum.

"Ni tanda persahabatn kita. Aku nak kau jaga rantai ni elok- elok walaupun ianya bukan emas. Loket SL itu sebab aku mahu sentiasa dekat dihati kau, Laila.."

"Ohh, sweetnya kau Shah!" nak mengalir air mataku kerana terharu.

"Dah, jom balik. Alang- alang aku nak hantar Ain balik kolej, jom aku hantar kau sekali."

Wah, Shah nak hantar aku balik kolej. Save duit tambang. haha. Eh, sekejap! Maksudnya Ain pun belajar kat sini lah eh? What a small world. Haha.

Semoga kebahagiaan ini berkekalan menjadi milik kita, Shah...

p/s: rekaan. rekaan. Takde pun fakulti perakaunan kat UiTM Puncak Alam ni. Apatah lagi Taman Bunga tu. HAHA



Friday, January 11, 2013

11 JANUARY

HAPPY BIRTHDAY TO ME!
:D

will update more later. sekarang busy. esok exam cardio n hematology! arghhh XD

p/s: doakan kami, sebab ini killer paper

Sunday, January 6, 2013

Hebat (?)

Assalamualaikum. Pheww. Sebenarnya baru lepas study Communicable Disease. Eh, apa function cakap kat sini? Oh, lupa pulak nak bagi tahu awal- awal. Me is having final exam right now. Mohon doakan kejayaan kami ye! :')

Ok, nak buat pasal entry apa pulak pepagi celik macam ni? Hari tu, aku ada terbaca tweet kawan sekolah menengah aku. Dia bakal fly. Dan ambil kos engineering. Yang kawannya pulak tu, juga kawan aku dari zaman kecik hingusan tu, sekarang study kat UiTM Shah Alam.

Somehow..
Aku kadang- kadang rasa terendah diri, rasa diri macam err, tak guna? Entahlah. Payah nak describe. Sebab apa? Mereka berbalas- balas tweet; hebatlah kau ni, ala, kau pun apa kurang hebatnya. Tetiba terfikir, kalau aku mencelah dan cakap aku ambil kos nursing.. Aku cuma cuba teka reaksi diorang. Mungkin bunyi cengkerik yang bakal keluar.

.________.

Eh, kenapa pulak aku cakap macam tu? Entahlah. Ni pengalaman kot. Ada lagi sorang classmate aku zaman sekolah dah remaja ni, satu kampus dengan aku. Dan dia terkejut aku ambil kos nursing. TERKEJUT. Ya. Dia ingat aku ambil medik. Ah, sensitif betul tahu tak? :'( Dulu, aku kira nerd jugak ah. Buku sentiasa. Tu yang mungkin dia ingat aku ambil medik. 

Secara tiba- tiba tanpa paksaan, air mata aku berjurai lepas baca tweet diorang. Ah, sedih. Payah. Tiba- tiba rasa down sangat- sangat. Macam dalam hierarki, kau lah paling bawah, semua orang hebat kau je tak. Macam tu lah aku rasa. Nangis- nangis. Masih mampu bertweet lagi. Haha. Yelah, orang tak nampak kita kan? LOL. Sampai lah kawan matrik aku tegur, aku ni dah kenapa tweet nangis- nangis. Maka bermula lah girls talk. :p Banyak jugak lah dia nasihat kan aku. Yang pergi belajar jauh- jauhnya tak semestinya berjaya. Allah dah tentukan.

*Ahh, slap my face. 

Allahurabbi. Acap kali aku terlupa. Allah dah  tulis perjalanan hidupku macam ni. Sejauh mana aku lari, ini yang melekat kat aku. Kenapa acap kali aku hampir berputus asa dengan perancangganNya? Allah. :'( Aku mohon kekuatan diri ini. Untuk teruskan perjuangan dan usaha ini. YA ALLAH. :'(

Tak dinafikan, ini bukan kos pilihan aku. Mak abah yang pilihkan kos ni untuk aku. Tak dinafikan jugak, masa mula- mula dapat tawaran, aku menangis. Kata pujangga kawan aku; 'Tak salah kita membahagiakan orang yang kita sayang kat kita dengan cara ikut apa yang diorang minta.'

*Ahh, slap my face again.

Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mak abah untuk aku selama ni, memang tak ternilai. Kita pun tak sentiasa sihat kan. Duit untuk ubat, makan, minum, pakaian, sape yang bagi? Siapa yang sediakan, kalau bukan mereka? Ok, sensitif sudah datang. Nak mengalir pulak air mata ni. Mohon tahan ye. Hehe. 

Aku bertahan, aku kuat kerana mak abah. :') Walaupun macam-macam orang anggap pasal kos nursing ni. Lagi- lagi kat hospital. Ah, biarkan mereka. Biarkan. Bertahan yana! bertahan! Sampai satu tahap, ade seorang pesakit ni rasa terharu nak mengalir air mata, sebab anak dia sendiri tak pernah jaga dia macam kami lakukan. Allahurabbi. :'( Kadang aku terfikir. Kenapa jurang dalam realiti ini harus berlaku? Kenapa? Dalam situasi hospital contohnya. Salahkah kalau kita saling menghormati? Sudah terhapuskah nilai- nilai murni itu? Ok, mungkin ada yang cakap, nurse ni berlagak, sombong, etc. Rasanya tak semua macam tu kan? Janganlah hanya kerana seorang, habis semua dilabelnya sama. :'( 

Pergerakan jari jemari terhenti disini. Amboi, puitis gitu. HAHA. Aku harap dan berdoa semoga sentiasa dipanjangkan umur. Sebab, izinkanlah aku untuk berjasa kepada mak dengan abah. :')

ok, i love you sahabat. :')

Kepada yang masih dalam mood peperiksaan, semoga berjaya! 
Assalamualaikum. :)

Friday, December 28, 2012

BAB EMPAT

Sejak bila aku satu kampus dengan dia? Sejak bila? Ah, biarlah. Belum tiba masanya Laila. Belum tiba masanya. Jangan nak mengada- ngada berangan nak berjumpa dengan dia. Bersediakah kau untuk apa- apa perkara yang bakal terjadi? Ah, aku bermonolog sendirian lagi.

Dah dua hari aku tak contact Shah. Apa khabar dia agaknya. Sihat atau tidak. Aku tampar pipi aku sendiri. untuk membangkitkan aku dari lamunan yang hanya bermain- main. Dia dah besar lah Laila. Pandailah dia jaga diri sendiri. Kau ni menyibuk pulak, mengalahkan mak dia. Sekali lagi, bermonolog sendirian. 

Aku tengok kalendar. 8 Ogos! Cepatnya masa berlalu! Nanti 10 ogos aku ada test! Ah, tensionnya! Semua serba tak kena. Tadi, disebabkan kelam kabut, aku telah menjatuhkan gelas kaca. Dan aku terpijak kaca, berdarah. 

Aku menghela nafas panjang. Time macam ni lah baru mula nak menyalahkan diri sendiri sebab tak tengok kalendar betul. Salahkan diri sebab tak urus masa dengan bijak. Kalau diberi peluang, ah mahu sahaja aku undur masa ini.

Jarum jam terus bergerak. Memandangkan roomate aku, Aini tak ada kat bilik sebab berjimba di luar sana, bilik aku jadi sunyi sepi. Yang hanya boleh didengar ialah bunyi kipas sahaja. Berputar- putar tanpa henti. "Kesian kau kipas, mesti penat." Aku pun tutup suis kipas untuk merehatkan kipas tu. Sebenarnya otak aku dah tepu dengan segala input output dan sebagainya dari subjek ini. So, mari kita bersihkan bilik kejap, menyapu. Keluar sikit peluh- peluh tu. 

Haa, kan bersih sikit. Sejuk mata memandang tengok bilik ni bersih je. Ni baru namanya perihal anak dara, pembersih. So, sapa- sapa yang nak datang meminang, boleh isi borang ye. HAHA. Aku menghempaskan diri atas katil. Fuh, nasib baik tak patah. Ala, lagipun aku tak lah berat mana. :p

Aku capai Nokia Lumia aku. Nama Shah jugak yang aku cari. Aku rindu kau lah Shah. 

"Salam Shah. Tengah buat apa? Busy tak? :) " message sent.

Lama jugak aku tunggu tapi tak berbalas. Ah, mungkin dia busy agaknya. Budak pandai, mesti lah tengah study. Dah, baik kau jangan kacau dia Laila. 

Maghrib melabuhkan tirai. Cantik betul pemandangan waktu Maghrib ni. Subhanallah. Azan pun berkumandang. Aku melaksanakan tanggungjawab ku kepadaNya. Selesai. Aku rendam maggi dalam bekas tupperware. Kebiasaan untuk pelajar yang tinggal dalam asrama untuk makan maggi dengan stail rendaman sahaja. Tom yam menjadi pilihan aku. 

Burp!

Alhamdulillah. Kenyang walaupun maggi sahaja. Nasib baik aku sorang je dalam bilik ni. Haha. 

Aku kembali menelaah pelajaran aku. Membaca segala isi- isi penting. Ya, subjek aku semuanya memerlukan ketelitian dan pembacaan. 

Tajuk silih berganti. Semoga pembacaan aku lekat di neuron- neuron otak. 

Tajuk seterusnya, Renal Calculi. 
Renal calculi is stones formed in the kidney, primarily in the renal pelvis but may be form in the ureter and bladder. 

Tiba- tiba aku rasa mata aku menjadi berat. Kepala aku berdenyut- denyut. Perkaataan terakhir yang aku ingat ialah bladder. Selepas itu, dunia aku menjadi gelap..

Aku ternampak cahaya dihadapan ku. Aku mengosok- gosok mata. Lantas aku ternampak Fahrin Ahmad. Duduk bertentangan dengan aku. Kami sedang menikmati makan malam. Hanya aku dan Fahrin Ahmad sahaja. Hebat! Banyak perkara yang ingin aku bualkan bersama Fahrin. 

Tanpa disedari, seseorang yang memakai topeng sedang berlari menuju ke arah aku dan melanggar aku. Hentaman itu membuatkan aku terjatuh dari kerusi. Kepala aku sakit. Aku membuka mata. Eh, kenapa aku ada kat bilik? Mana Fahrin Ahmad? Mana makan malam kami? Ah, baru aku sedar, rupanya itu semua mimpi. Aku tertidur di meja study dan terjatuh dari kerusi. 

Alaa, tak habis cerita mimpi aku. Handphone vibrate. Ada call. Shah!

p/s: Fahrin  Ahmad terlepas, moga Shah tak! :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...