Friday, December 28, 2012

BAB EMPAT

Sejak bila aku satu kampus dengan dia? Sejak bila? Ah, biarlah. Belum tiba masanya Laila. Belum tiba masanya. Jangan nak mengada- ngada berangan nak berjumpa dengan dia. Bersediakah kau untuk apa- apa perkara yang bakal terjadi? Ah, aku bermonolog sendirian lagi.

Dah dua hari aku tak contact Shah. Apa khabar dia agaknya. Sihat atau tidak. Aku tampar pipi aku sendiri. untuk membangkitkan aku dari lamunan yang hanya bermain- main. Dia dah besar lah Laila. Pandailah dia jaga diri sendiri. Kau ni menyibuk pulak, mengalahkan mak dia. Sekali lagi, bermonolog sendirian. 

Aku tengok kalendar. 8 Ogos! Cepatnya masa berlalu! Nanti 10 ogos aku ada test! Ah, tensionnya! Semua serba tak kena. Tadi, disebabkan kelam kabut, aku telah menjatuhkan gelas kaca. Dan aku terpijak kaca, berdarah. 

Aku menghela nafas panjang. Time macam ni lah baru mula nak menyalahkan diri sendiri sebab tak tengok kalendar betul. Salahkan diri sebab tak urus masa dengan bijak. Kalau diberi peluang, ah mahu sahaja aku undur masa ini.

Jarum jam terus bergerak. Memandangkan roomate aku, Aini tak ada kat bilik sebab berjimba di luar sana, bilik aku jadi sunyi sepi. Yang hanya boleh didengar ialah bunyi kipas sahaja. Berputar- putar tanpa henti. "Kesian kau kipas, mesti penat." Aku pun tutup suis kipas untuk merehatkan kipas tu. Sebenarnya otak aku dah tepu dengan segala input output dan sebagainya dari subjek ini. So, mari kita bersihkan bilik kejap, menyapu. Keluar sikit peluh- peluh tu. 

Haa, kan bersih sikit. Sejuk mata memandang tengok bilik ni bersih je. Ni baru namanya perihal anak dara, pembersih. So, sapa- sapa yang nak datang meminang, boleh isi borang ye. HAHA. Aku menghempaskan diri atas katil. Fuh, nasib baik tak patah. Ala, lagipun aku tak lah berat mana. :p

Aku capai Nokia Lumia aku. Nama Shah jugak yang aku cari. Aku rindu kau lah Shah. 

"Salam Shah. Tengah buat apa? Busy tak? :) " message sent.

Lama jugak aku tunggu tapi tak berbalas. Ah, mungkin dia busy agaknya. Budak pandai, mesti lah tengah study. Dah, baik kau jangan kacau dia Laila. 

Maghrib melabuhkan tirai. Cantik betul pemandangan waktu Maghrib ni. Subhanallah. Azan pun berkumandang. Aku melaksanakan tanggungjawab ku kepadaNya. Selesai. Aku rendam maggi dalam bekas tupperware. Kebiasaan untuk pelajar yang tinggal dalam asrama untuk makan maggi dengan stail rendaman sahaja. Tom yam menjadi pilihan aku. 

Burp!

Alhamdulillah. Kenyang walaupun maggi sahaja. Nasib baik aku sorang je dalam bilik ni. Haha. 

Aku kembali menelaah pelajaran aku. Membaca segala isi- isi penting. Ya, subjek aku semuanya memerlukan ketelitian dan pembacaan. 

Tajuk silih berganti. Semoga pembacaan aku lekat di neuron- neuron otak. 

Tajuk seterusnya, Renal Calculi. 
Renal calculi is stones formed in the kidney, primarily in the renal pelvis but may be form in the ureter and bladder. 

Tiba- tiba aku rasa mata aku menjadi berat. Kepala aku berdenyut- denyut. Perkaataan terakhir yang aku ingat ialah bladder. Selepas itu, dunia aku menjadi gelap..

Aku ternampak cahaya dihadapan ku. Aku mengosok- gosok mata. Lantas aku ternampak Fahrin Ahmad. Duduk bertentangan dengan aku. Kami sedang menikmati makan malam. Hanya aku dan Fahrin Ahmad sahaja. Hebat! Banyak perkara yang ingin aku bualkan bersama Fahrin. 

Tanpa disedari, seseorang yang memakai topeng sedang berlari menuju ke arah aku dan melanggar aku. Hentaman itu membuatkan aku terjatuh dari kerusi. Kepala aku sakit. Aku membuka mata. Eh, kenapa aku ada kat bilik? Mana Fahrin Ahmad? Mana makan malam kami? Ah, baru aku sedar, rupanya itu semua mimpi. Aku tertidur di meja study dan terjatuh dari kerusi. 

Alaa, tak habis cerita mimpi aku. Handphone vibrate. Ada call. Shah!

p/s: Fahrin  Ahmad terlepas, moga Shah tak! :p

Saturday, December 22, 2012

(?)



being too sensitive lately.
:(
you and you and YOU are challenging my emotional.
until one time I can't bear it,
I can't hold it.
and I cried,
so hard..


Monday, December 17, 2012

Bab Tiga

Bukak Facebook je, terus cari profile Shah. Eh, perasan tak Facebook ni sebenarnya tak baik? Entahlah, ni pandangan aku je. Sebab Facebook, orang kurang berinteraksi dalam realiti. Hakikatnya dalam alam maya, punyalah peramah, tapi bila kembali ke dunia sebenar, masing- masing kaku. okay, terasa nak bersyarah pulak kat sini. Sila abaikan. Tapi, adakah ini yang bakal berlaku andai ditakdirkan aku dan Shah bertemu? Tepuk dahi sendiri.

Sedang aku scroll gambar- gambar Shah, aku terpaku, terhenti kat satu gambar ni. Gambar ni...

YA! Baju yang aku belikan! Shah dah pakai! Mahu je aku lompat- lompat kegembiraan. Mahu je aku menjerit- jerit kebahagiaaan. Mahu sahaja aku khabarkan kepada satu dunia bahawa aku sedang gembira! Tapi biarlah aku sendiri yang menyimpan kebahagiaan ini. Haha.

Nak komen kat gambar  tu, tapi terhenti. Biarlah. Malas pulak.

Aku capai nota- nota atas meja aku. Berselerak sungguh meja study aku ni. Tak menggambarkan perihal anak dara. "Laila, Laila. Apa lah nak jadi dengan kau ni" bermonolog sendirian.

Sedang aku mengemas meja yang sangat berselerak itu, salah satu fail aku terjatuh. Terjatuh. Ya, terjatuh, lalu terkeluar segala isi perut, usus dan sebagainya. Aku terpaku. Kaku. Kaget. Ada gambar. Tapi, sejak bila pula aku simpan gambar dalam fail? Ada tulisan pulak tu dibelakangnya. KMNS 2011/2012. Dan alangkah terkejutnya aku bila aku lihat gambar tu. Gambar aku dengan Alan masa makan KFC, dengan kawan- kawan yang lain.

"Ah, sejak bila pulak aku simpan gambar ni? Nak tengok pun aku tak suka, apa lagi nak simpan" bermonolog sendirian lagi.

Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datan
g

Ringtone nyanyian Malique memecah kesunyian bilik. Aku tersentap dari lamunan. Ada mesej rupanya.

"Ingat lagi tak kenangan kita berdua makan KFC sama- sama?" Sender, ALAN!

Haa? Kenapa dia ni? Dia ke yang masukkan gambar tu dalam fail aku? Tapi macam mana? Kenangan kita makan KFC bersama? Eh, tak sedar diri betul lah mamat ni. Padahal masa tu makan ramai- ramai kot. Ish.

Aduh, mungkin silap aku juga masa pergi cafe tadi. Aku tinggalkan beg aku atas meja. Dan mungkin di saat itu lah Alan masukkan gambar tu!

Aku reply ringkas.

"Kita?Berdua? Kan ramai mase tu. :| " message sent!

Terus aku lupakan pasal mesej tu dan mula menghadap laptop. Perkara biasa yang aku lakukan. Facebook. Dan seperti biasa, profile Shah menjadi sasaran pertama aku. Entah kenapa hati ini tiba- tiba nak selidik pasal Shah. Segelinap ikon aku klik di profile Shah. Satu yang menarik perhatian aku.

UiTM Puncak Alam.

Haa? Puncak? Dia study kat sini ke? Kenapa aku tak tahu? Atau lebih tepat kenapa aku tak perasan?

p/s: kita sambung nanti eh. esok bangun pagi lagi. *yawning :p

Sunday, December 16, 2012

Bab Dua

Shah. Aku kenal melalui laman sosial dan melalui kawan. Itu pun setelah group chat di Facebook. Perkenalan itu pun tidak lah rapat mana. Sekadar kawan biasa mungkin.

Macam mana aku dapat nombor handphone Shah? Aku kan hebat. Haha! Aku mintak kawan aku. Eh, itu dikira hebatkah? okey, sila abaikan. Whatsapp tu kali pertama aku contact dia melalui telefon dan tak sangka dibalas dengan cara yang tidak mesra. Aku patut cuba untuk kali kedua, sambil ketawa kecil dalam hati.

Aku mencapai handphone dan segera menaip mesej. "Hai, apa khabar shah?" Okey, delete. Nampak macam aku sangat gatal terhegeh- hegeh nak kat dia.

"Salam Shah. Apa khabar? Kenal tak ini siapa?"

 Terus aku send mesej tu, tak mahu fikir apa- apa lagi. Kalau dia tak reply, mungkin tak ada rezeki. Tapi, kalau dia reply, mahu aku terlompat- lompat kegembiraan!

"Waalaikumusalam! Ingat lah. Ni Laila kan? Mimpi apa kau mesej aku ni? Keh keh keh"

Dalam hati mahu je aku tulis, aku rindu kau Shah. Rindu. Dah lama kita chat macam dulu- dulu kan? Tiba- tiba aku rasa muka aku panas. Eh, dah kenapa aku rindu mamat ni pulak? hmm. Demam kah?

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Aku rasa semakin rapat dengan Shah, walaupun hanya dalam telefon je. Aku belum pernah bersedia untuk berjumpa dengan dia walaupun sebagai seorang kawan. Dia pendengar yang setia, penasihat yang hebat dan kawan yang terbaik. Cara dia membuatkan aku selesa berkawan dengan dia. Mesej, call, semua lengkap. Selalu ingatkan aku tiap kali waktu solat dah masuk. Sweet tak. Hehe.

Dia pandai, sementara aku pula biasa- biasa saja. Dia dapat biasiswa sedangkan aku cuma peminjam PTPTN. Dan dia dari golongan yang hidup senang manakala aku pula keluarga yang biasa- biasa sahaja. Itu jurang bagi ku.

Okey, lupakan. Yang penting dia tak berkira dalam menjalin persahabatan. Ada kala waktu, aku call dia, atau dia yang call aku. Dan yang paling penting, masa birthday aku, dia call, main gitar and nyanyikan untuk aku! Aku rasa sangat terharu walaupun suara dia tak lah sedap mana. Aku rasa betul- betul dihargai. Sangat sebenarnya.

Dan sebagai balasannya, untuk birthday dia, aku hadiahkan baju smart casual. Nak belikan jersey bola yang original memang aku tak mampu. Haha. Itu pun melalui orang tengah. Aku tak bersedia nak jumpa dia.

Aku memang tak bersedia nak jumpa dia. Tapi adakah aku telah jatuh cinta? Betulkah perasaan ini?

p/s: bila idea datang mencurah ke ladang gandum. HAHA

Wednesday, December 12, 2012

Bab satu

Eh, dah kenapa mamat ni blocked aku dekat Twitter? Aku ada salah tulis ke tadi? Biaq pi lah. ishh. Lantak ang lah.

Rasanya tadi aku tweet dia dah cukup berhemah. Ah, bencinya perasaan ni datang. Aku ada buat salah kat kau ke? Terus aku capai handphone aku, nak whatsapp. Aku scroll down contact and nampak nama Shah.

"Salam, shah, kau marah kat aku ke? Aku ada buat salah kat kau ke? Kenapa kau tiba- tiba blocked aku kat  Twitter?" haa, amek kau, bertubi- tubi aku tanya Shah, untuk mendapatkan kepastian adakah aku yang bersalah.

Dan jawapan beliau ringkas.

"Wasalam. Aku suka buat mcm tu. Semua orang aku buat laaa. Aku banyak assignment. Kbai."

Terkedu ada baca apa yang dia reply. Dalam hati mahu je aku cakap, eh gila ke apa dia ni? haha. Okay, sekarang sudah terang jelas dan nyata bahawa aku tak buat salah kat dia. Suka hati kau lah Shah. Aku log in balik Twitter. Aku nampak follower aku bertambah. Lah! Shah rupanya! Kau follow aku balik Shah? Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. Patutkah aku follow dia balik? Atau tak?

Lama jugaklah aku nak decide perkara ni. Berdebah punya budak. Padahal berlambak lagi kerja yang aku nak settlekan, tapi aku terpaksa fikir pasal kau pulak. Eh? Boleh pulak cakap terpaksa. HAHA.

Eh, kenapa tiba- tiba nak ambil berat pasal Shah ni? Kenapa tiba- tiba hati berbunga? Kenapa?

p/s: rekaan semata- mata. haha.

Tuesday, December 11, 2012

pengalaman

Al Fatihah kepada Allahyarham Md Yatim bin Sulaiman.

Assalamualaikum wahai sahabat. :)
Rasanya dah lama tak update blog usang ni. (ayat common untuk orang yang jarang update blog macam aku. HAHA) Untuk pengetahuan kalian, kini saya sedang menjalani latihan praktikal di beberapa buah hospital di sekitar Selangor. Okay, ayat skema habis macam nak jawab SPM. XD

Saje nak kongsi dengan kalian pasal pengalaman. Macam- macam pengalaman yang boleh kita timba kalau kita bijak mengambil peluang dalam hidup ini. Dan pengalaman yang ingin aku kongsikan ialah pengalaman aku berpraktikal di hospital.

Secara jujurnya aku tak pernah terlintas untuk satu hari nanti memakai uniform yang aku pakai sekarang. Cuma memang dari dulu niatkan untuk bekerja di hospital. Jawapan yang acap kali aku berikan apabila ditanya tentang masa depan atau cita- cita.

Semester 3. Tahun kedua. Tag berwarna biru. Dan semakin banyak yang dipelajari serta semakin besar tanggungjawab. Minggu ni merupakan minggu ketiga aku berpraktikal. Dan kali ni aku berpraktikal di HTAR. Tak tahu apa itu HTAR? Mungkin boleh minta bantuan encik Google? HAHA. Ok, mari aku mudahkan sikit, HTAR tu sinonim dengan hospital klang. hehe. Minggu ni aku masuk wad orthopedik perempuan. Dalam wad tu jugak ada sedikit campur dengan kes dental. 

Tadi kali pertama aku mengambil peluang untuk memberi pesakit minum susu melalui tiub. Aku bancuh susu mengikut sukatan yang diberikan, aku sediakan troli dan peralatan untuk bagi pesakit minum susu melalui tiub. Tiba masanya untuk aku lakukan tanggungjawab aku, sambil diperhatikan oleh clinical intructor yang menjaga kami. Sebelum ni aku dah dua kali tengok bagaimana kawan- kawan aku lakukan dan mungkin aku sudah boleh sesuaikan diri.

Andai ada yang aku kurang pasti, aku akan bertanya Puan. Dan bila hampir selesai prosedur itu, Puan puji aku, selesa melihat cara aku memberi pesakit minum susu. Aku tidak berniat sama sekali untuk menjadi riak. Maafkan aku. Bila Puan cakap macam tu, tiba- tiba hati aku jadi sebak. Aku teringatkan seseorang. Kenapa aku boleh buat dengan selesa?

Sebab sebelum ni aku pernah nampak pak cik aku bagi minum susu untuk arwah tok bak dengan cara yang sama. Dan aku hampir menangis kat wad bila aku fikirkan balik.

Bila fikirkan prosedur Dextrose test dengan insulin injection, hati aku makin jadi sebak. Sebab apa? Apa? Sebab aku teringatkan arwah tok bak. Semua ni arwah tok bak ada. Cuma aku tak sempat lakukan untuk arwah! :'( Allahuakbar..

Semasa hayatnya, waktu aku masih bersekolah menengah, aku ingat lagi. Pernah sekali aku bagi insulin injection untuk arwah. Itupun lepas abah yang ajak. Lepas tu tak pernah lagi aku buat, sehinggalah aku berpraktikal di wad.

Dan sewaktu di akhir hayat arwah, arwah terpaksa pakai Ryle's tube. Arwah dah tak mampu nak makan seperti biasa. Dan yang memberi susu kepada arwah ialah pak cik ku. Teringin ku untuk memberi susu kepadanya cuma tak berkesempatan. Ketika itu, aku masih berada dalam semester 1. Masih belum menjalani praktikal di hospital. Cuma menunggu waktu ketika itu. Aku hampir putus asa, patah semangat untuk berpraktikal di hospital sebab aku bimbang aku tak dapat buat yang terbaik. Aku bimbang untuk menghadapi situasi di hospital.

Beberapa minggu sebelum aku masuk praktikal untuk semester 1. Berada di rumah pak cik ku. Malam. Keadaan arwah nampak sangat tenat. Malam itu, aku tukar pampers arwah dengan salah seorang kakak saudaraku. Kali pertama! Ya, itu kali pertama aku tukar pampers! Aku buat ikut cara yang telah aku belajar. Dan untuk pengetahuan, arwah sumber kekuatanku pada waktu itu! Perasaan takut untuk berpraktikal hilang. Aku mendapat kekuatan untuk meneruskan pengajian aku. Dan keesokkan paginya, aku sekeluarga dapat berita pemergian Arwah ke Rahmatullah..

Allahuakbar. Baru malam tadi aku salinkan pampers arwah dan esoknya arwah telah pergi meninggalkan kami.. :'(

Ah, aku tak patut menangis di saat aku menulis entry ini. Sepatutnya aku harus sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah. Tapi adakalanya aku memang tak kuat. Balik lepas praktikal hari ni, terus aku mesej abah dangan mak. Cakap aku teringatkan arwah tok bak lepas buat prosedur kat hospital. Dan aku terus menangis di dalam bas, tanpa disedari oleh orang lain...


arwah berbaju biru.

Semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...