Sunday, September 23, 2012

badang much?

Assalamualaikum! ye kita berjumpa lagi dalam entry yang seterusnya. pada malam yang hening ini... ok, suda. jangan mula merepek. cepat pulak aku update kalini ye? ini adalah atas permintaan cik feyza. actually aku pun baru paksa beliau update blog beliau. hewhewhew.

nothing much to be written. ahaa! pagi tadi dalam pukul 11 lebih keluar pergi Setia City Mall. keluar rumah je terus dapat bas. hebat tak? haha. tujuan utama nak teman cik deeya beli barang. aku kalau dah sampai sana memang aku cari mph je laa. hehe. lagi satu sebab barang- barang kat sana mahal kot. ade certain places je boleh student macam aku masuk. yang lain butik. memang cekik diri sendiri laa kalau nak masuk butik- butik tu. :P

apa yang aku beli kat mph? ok. aku jenis yang minat komik. tak minat sangat cerita novel cinta, cerita berat dan sebagainya. aku akan baca pun disebabkan pengaruh rakan sebaya. ahaaa~

so, bila dah kata minat komik, maka aku pun beli laa lawak kampus. :D rasa macam budak kecik tak? tak kot? bagus, tanya sendiri jawab sendiri. eh, aku memang suka bermonolog sendiri. haha.

*apa motip amek gambar laptop sekali? tehehehe

lagi satu tu novel english. ;p tajuk dia gatekeepers. tak tahu best atau tak. aku main amek je.. haa, amek kau~ korang ade baca buku ni tak? kalau ada, apa respons korang terhadap novel ni?

*nampak sedap kan? aku makan tau nasi kerabu. :p btw this cost rm 7.10. air sirap limau rm3.30.. erkkk~

haa, lagi satu, hari tu aku jadi badang kejap. kuat kau, gagah perkasa. hihihi. alkisah bermula...tooiyib...eh dah macam cerita p ramlee pulak. ejaan tu tah pape je.  aku tolong kawan aku angkat barang dari stor. buku, beg dan sebagainya. stor tu kat blok A1 iaitu blok lama kami, then kami tinggal kat blok A5. rasa- rasa jauh x? kalau time dah angkat barang memang jauh. alkisah aku angkat kotak berisi buku, lagi satu isi kasut lah lebih kurang. sebab dah dua tiga kali ulang alik, aku decide nak angkat terus dua kotak tu sekali gus. YA ALLAH. berat nak oiii. dan blok kami dalam gugusan blok lelaki. time tu adalah beberapa lelaki lalu lalang, tapi takde sorang pun nak hulur bantuan. sedihnya... tak tahu nak ungkapkan macam mana. aku tak kisah kalau mereka tolong aku, and aku tak akan fikir bukan2. malah rasa bersyukur kalau ada hamba Allah yang nak membantu..  tapi, malangnya takde.. maka aku pun berlalu pergi, membawa kotak- kotak itu dengan air mata yang menitis. haha. ok yang air mata tu tipu je. aku pun jalan je yang termampu. ada jugak cari pitstop. menghela nafas panjang. :D then blok aku takde lif sebab 4 tingkat je, and bayangkan kene bawak kotak tu naik bilik ke tingkat 3. ALLAHUAKBAR! beratnya... T.T

apa- apa pun, kawan aku dengan baik hati belanja aku. hehe. itu namanya rezeki! Alhamdulillah. :)
malam tu tidur tak rasa apa. tapi bangun pagi ni, sakitnya badan~~ shikin, i need you. urutkan badan~ hehe. rasa- rasa memang kene pelempang dengan shikin kot. :p

p/s= feyza sayang, macam terpanjang pulak entry kali ni. :p harap tak bosan ye membaca. bak kata ada, inilah tandanya sayang. :p

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...