Monday, September 24, 2012

kawan dan perubahan.

Assalamualaikum. :)

Kawan. Dia, yang aku kenal sejak zaman sekolah menengah. sekarang dah melanjutkan pelajaran di universiti yang sangat hebatt. Aku ingat lagi, cita- cita dia masa zaman sekolah, macam mana perancangan masa hadapan beliau. Hebat. Memang hebat. sekarang pun dia ambil kursus yang memang betul- betul dia nak, dapat tajan JPA. Dean List. What else? Aku ingat lagi, dia jugak lah yang pernah menjadi sumber inspirasi aku, nama pun kawan. Kadang- kadang mempengaruhi aku, atas dasar nasihat. Hinggalah tiba suatu masa, entah apa yang berlaku, tali persahabatan itu terputus. Sampai sekarang aku tidak tahu apa punca perkara itu berlaku. And maybe something are better left unsaid. Kami masih berkawan, yet awkwardness stuck between us. Biarlah begitu sahaja..

Aku ingin melakukan perubahan. Tetapi tidaklah secara mendadak. Aku memerlukan istiqamah. Bantu aku ye kawan- kawan... :')

pesanan daripada cik aida: kalau rindukan seseorang, tak kiralah siapa, sedekahkan lah al- Fatihah. :) till then, assalamualaikum. ^_^

Sunday, September 23, 2012

badang much?

Assalamualaikum! ye kita berjumpa lagi dalam entry yang seterusnya. pada malam yang hening ini... ok, suda. jangan mula merepek. cepat pulak aku update kalini ye? ini adalah atas permintaan cik feyza. actually aku pun baru paksa beliau update blog beliau. hewhewhew.

nothing much to be written. ahaa! pagi tadi dalam pukul 11 lebih keluar pergi Setia City Mall. keluar rumah je terus dapat bas. hebat tak? haha. tujuan utama nak teman cik deeya beli barang. aku kalau dah sampai sana memang aku cari mph je laa. hehe. lagi satu sebab barang- barang kat sana mahal kot. ade certain places je boleh student macam aku masuk. yang lain butik. memang cekik diri sendiri laa kalau nak masuk butik- butik tu. :P

apa yang aku beli kat mph? ok. aku jenis yang minat komik. tak minat sangat cerita novel cinta, cerita berat dan sebagainya. aku akan baca pun disebabkan pengaruh rakan sebaya. ahaaa~

so, bila dah kata minat komik, maka aku pun beli laa lawak kampus. :D rasa macam budak kecik tak? tak kot? bagus, tanya sendiri jawab sendiri. eh, aku memang suka bermonolog sendiri. haha.

*apa motip amek gambar laptop sekali? tehehehe

lagi satu tu novel english. ;p tajuk dia gatekeepers. tak tahu best atau tak. aku main amek je.. haa, amek kau~ korang ade baca buku ni tak? kalau ada, apa respons korang terhadap novel ni?

*nampak sedap kan? aku makan tau nasi kerabu. :p btw this cost rm 7.10. air sirap limau rm3.30.. erkkk~

haa, lagi satu, hari tu aku jadi badang kejap. kuat kau, gagah perkasa. hihihi. alkisah bermula...tooiyib...eh dah macam cerita p ramlee pulak. ejaan tu tah pape je.  aku tolong kawan aku angkat barang dari stor. buku, beg dan sebagainya. stor tu kat blok A1 iaitu blok lama kami, then kami tinggal kat blok A5. rasa- rasa jauh x? kalau time dah angkat barang memang jauh. alkisah aku angkat kotak berisi buku, lagi satu isi kasut lah lebih kurang. sebab dah dua tiga kali ulang alik, aku decide nak angkat terus dua kotak tu sekali gus. YA ALLAH. berat nak oiii. dan blok kami dalam gugusan blok lelaki. time tu adalah beberapa lelaki lalu lalang, tapi takde sorang pun nak hulur bantuan. sedihnya... tak tahu nak ungkapkan macam mana. aku tak kisah kalau mereka tolong aku, and aku tak akan fikir bukan2. malah rasa bersyukur kalau ada hamba Allah yang nak membantu..  tapi, malangnya takde.. maka aku pun berlalu pergi, membawa kotak- kotak itu dengan air mata yang menitis. haha. ok yang air mata tu tipu je. aku pun jalan je yang termampu. ada jugak cari pitstop. menghela nafas panjang. :D then blok aku takde lif sebab 4 tingkat je, and bayangkan kene bawak kotak tu naik bilik ke tingkat 3. ALLAHUAKBAR! beratnya... T.T

apa- apa pun, kawan aku dengan baik hati belanja aku. hehe. itu namanya rezeki! Alhamdulillah. :)
malam tu tidur tak rasa apa. tapi bangun pagi ni, sakitnya badan~~ shikin, i need you. urutkan badan~ hehe. rasa- rasa memang kene pelempang dengan shikin kot. :p

p/s= feyza sayang, macam terpanjang pulak entry kali ni. :p harap tak bosan ye membaca. bak kata ada, inilah tandanya sayang. :p

Friday, September 21, 2012

.:rindu:.

assalamualaikum. hari ni rasa sangat gembira. tak tahu kenapa. mungkin sebab aku berjaya siapkan powerpoint presentation kot? tak. biarlah rahsia. cehwah, sila abaikan.

tadi masa online aku nampak cikgu Ruszaidi online. WOOT WOOT! hehe. aku nak tegur tapi kebetulan lepas aku bagi salam, cikgu dah offline.. sedihnya... :'(

takde rezeki kot.

lepas settlekan semua keje, ehh ye ke? tak, buat dua kerja satu masa, aku teringat balik kenangan masa matriks. part of it mungkin tak best tapi part yang best tu lah tak boleh dilupakan. aku ingat lagi mase first kelas tutorial dengan Cikgu Ruszaidi, beliau sangat garang. *pada pendapat akulah. dah lah masa tu aku sorang je yang tak dapat buku tutorial. Tapi bila dah lama belajar dengan dia, sebenarnya beliau sangat baik hati dan sporting. serius. tapi sila jangan buat beliau marah. aku ni kira tamak jugak nak join aktiviti kolej. haha. sampai cik din jeles. cakap aku anak emas Cikgu Ruszaidi. terlalu banyak kenangan kat matriks. kalau nak cerita mungkin esok lusa pun tak habis. ehh ye ke? hehe. rindu shikin. selalu urut aku kalau penat tahap gaban, fiza org yang selalu dengar story aku. hehe. kat u ni dah takde macam tu. kalau aku penat, terus tidur, dengan harapan hilang sakit. kadang- kadang terus berharap dapat duduk kat kerusi urut Ogawa, padahal tak pernah rasa pun.

cikgu favourite kami. :D




dan..
saya pun rindu beliau...
:')



Wednesday, September 19, 2012

saat.

salam. aku tak boleh tidur. adakah disebabkan kesan nescafe yang aku minum pagi tadi? oh.. hampir terlupa. aku tertidur petang tadi...

esok abah ada appointment hospital.
esok juga aku akan call abah lepas kelas.
nak tahu apa keputusan yang abah dah bincang dengan doktor.
abah selalu cakap kat aku supaya jangan risau.
aku doakan yang terbaik untuk abah.
YA ALLAH, aku mohon keputusan yang terbaik untuk abah.
aku masih lagi bergantung kepada abah.
aku masih lagi memerlukan abah sehingga hujung nafasku..

ahh..
tiba- tiba bergenang air mata ni..

dan..
aku terima satu panggilan daripada si dia..
sayang,
andai awak baca ni..
saya terima dan redha dengan keputusan awak.
maafkan saya sebab tak dapat membantu..
kita berdua masih memerlukan..
saya akan cuba memahami jika ada panggilan atau mesej daripada saya yang tak terbalas.
saya juga akan cuba memahami jika awak tidur awal..
saya tak marah..
betul. jangan risau.
saya faham.
demi masa depan.
:')

dan..
dapat assignment..
dua daripada tiga kena hantar minggu depan.
ahh.
tekanan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...