Saturday, August 13, 2011

NKRA

Assalamualaikum. :) Sebenarnya dah lama nak buat entry 'berguna' ni. Ini berdasarkan pengalaman kawan aku sendiri yang pergi interview. Salah satu interviewer tu tanya pasal benda ni lah. Aku pun sebenarnye kurang arif pasal bende ni. Mintak tolong kat encik wiki. haha.



Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU 12
NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan.
Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .


NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010 NKRA dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa pada tempoh berlainan.


Peringkat NKRA


6 teras NKRA

Enam bidang tumpuan NKRA ialah :
  1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
  2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
  3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
  4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
  5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
  6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan)

Rasenye cukuplah kot. Sekurang-kurangnya sekarang dah tahu surface pasal perkara ni. Hewhewhew. Mungkin kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah mintak pertolongan en. wiki. hehe!

p/s: ini cume sakadar berkongsi general knowledge, tak melibatkan mana-mana parti politik hokay? aku tak berminat utk berpolitik sekarang ni..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...