Tuesday, July 19, 2011

Zzz




Assalamualaikum. Okay. Dah dua hari tido lewat. Semalam pukul 4 pagi baru tdo. Hari ni? :D Tadi bergayut kejap kat telefon dengan En. M. heeeee! menghormati mase tido beliau sebab esok ade kelas. T.T

Kenapa aku tak boleh tido? Tak ade jawapan yang pasti. Tapi tidak dinafikan semalam terlalu banyak benda yang aku fikirkan sampai rase sangat berdenyut kepala ni. Paling banyakk aku fikirkan ialah pasal UPU. Bersyukur mendapat tawaran walaupun.. err.... tak pe lah. Biar aku je yg tahu. :P Kepada yang tak dpt, jgn berputus asa, masih ada peluang kedua. *aku rase penuliasan kali ni tak ade arah. bersepah~


Aku fikir tentang apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Sambung belajar- ijazah- kerja- duit. haish. Ada hikmah kenapa aku mendapat tawaran tersebut. Dan aku percaya itu yang terbaik untukku kerana tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya dalam kesusahan. Mungkin ade kekhilafan yang berlaku di pihak aku. Aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi sedangkan usaha.. err... Sendiri tahu sudaa.. Juga mungkin aku dibayangi dengan keputusan sem 1. Lupa diri? oh tidak~ Dan mungkin juga aku terlepas untuk memohon kepadaNya. Kesilapan aku.. Dalam keadaan yang digelar realiti ini, aku wajib menerima kenyataan. WAJIB. Setiap hari bangun dengan fikiran positif walaupun kadangkala aku tumpas hingga mengalirkan air mata. Jelas, aku hanya manusia biasa. Orang kata aku kuat, tabah. Itu apa yang orang kata, hakikatnya biar aku dan Tuhan saja tahu. Aku penat fikir pasal benda ni. Kata-kata kolot orang-orang yang suka melihat kejatuhan orang lain. Aku gembira dan bersyukur sebab ada family yang sayang dan menyokong aku. Aku berdoa agar aku dapat menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa menyusahkan orang lain. I'm happy to be myself.



baru teringat esk pagi nak pergi sekolah kesayangan, SIGS. haha. okay. tido sekarang. nunyte. salam. :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...