Thursday, June 23, 2011

Kelmarin. Semalam. Hari ni.

Assalamualaikum. Banyak perkara nak kongsi bersama. Tapi aku terlalu letih + tak berdaya nak menghadap laptop sambil jari-jemari tangkas menaip. So, malam ni nak combine 3 hari punya cerita dalam satu post! Haha. Hari Isnin lepas off day aku. Dan seperti biasa aku akan ke driving school untuk belajar. Dan seperti biasa, agen akan amek aku dalam pukul 9. Tapi, aku tunggu punya tunggu punya tunggu, tak datang- datang gak orang ni. Aku pun call lah dia. Surprisingly! Masa aku call tu, dalam pukul 9.30 pagi, dia baru nak keluar rumah. Okay. Aku sabar je. Then pukul 10 lebih, dia call aku balik. Dia bagi tau aku tayar kereta dia tercabut, kene hantar pergi bengkel. And I was like 'what the hell?' Panas tak panas je aku kan. Dah bersiap-siap then cancel lak pagi tu. Dia suruh buat petang. Aku setuju je lah. Dah lah last week tak dapat buat sebab kereta dia masuk bengkell sebab nak buat inspection kat Puspakom pada hari yg berikutnya. * untuk pengetahuan, aku buat seminggu sekali sebab aku kerja. buat ikut off day. haha. tepat pukul 11.45 pagi, agen aku call. Kereta sudah siap. Dia nak amek aku sekarang sebab kalau buat petang ada lagi 2 org. Ramai. -__-
Time ni nak cerita yang tak best. Cuaca sangat panas kot. Berpeluh-peluh aku dalam kereta tu. Muka aku tak payah cakap lagi lah kan. Sememangnya merah. FUHH. Panas! Aku dah start buat kat jalan raya. Adalah dalam 3 kali aku round. Malangnya, aku masih tak dapat nak ingat laluan A. Haishh. Masalah ingatan sungguh. Lepas tu, try buat dalam trek pulak. Semuanya berjalan lancar. TIBA- TIBA....


HAAA!! DUA kali aku langgar tiang! Tiang yang depan tu haa... Sabar je lah.. Dah lah cuaca panas. Aku langgar tiang pulak tu. Betul-betul tak de mood. Rase nak balik cepat je. Dah la ade pak cik tgk. Ishh. Malu seh. -,-

Semalam pulak masuk keje 10 pagi balik 10 malam. Dan malam sebelumnya aku tidur lambat. Datang keje memang penat. Dah la tak ramai oarang kan. Aku rase mcm nak ternak taik mata je kat kaunter aku. Tapi ade manager lalu lalang pulak. Aku tahan je kengantokkan tu sampai rase sakit badan. Sakit kepala. Balik keje je terus mintak mak urutkan badan. haha. Before nak closing, ada customer. Tapi lambat sungguh nak bayar. Orang nak tutup kaunter ni. Boleh pulak lambat-lambat nak tgk-tgk barang lagi. jenis yang dah berumur tapi dressing macam teenagers. Muka pulak macam baru lepas kene injection. Bengkak. Balik je, mandi terus tidur. Sampai esok pagi. hehehe!

Hari ni masuk noon. Lega sikit. Tak banyak sangat perkara berlaku. Cuma tadi ade datang seorang customer dengan anaknye yang istimewa. Down syndrome. Aku senyum tgk budak tu. Kebetulan dia tgh makan kentang McD, dia tunjuk utk offer kat aku. Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Besarkan kasih sayang seorang ibu nak jaga anaknya yang istimewa. Beberapa minggu lepas jugak, ade customer dtg dgn anak dia yg istimewa. Dah besar. Dalam 11 tahun kot. Anak dia tak mampu berjalan. Mungkin ade masalah atau kekejangan otot. Perkembangan minda pun ade masalah. Anak dia duduk kat kerusi khas untuk kanak-kanak mcm dia. Aku hampir mengalirkan air mata tgk keluarga itu. Aku terharu dan simpati tgk kanak-kanak istimewa mcm mereka...

oh ya, hampir terlupa dgn dunia aku yang agak lambat dari nyata. Tahniah kepada yg mendapat tawaran USM. Kepada yang tak dapat, dunia ini belum berakhir. Masih ada lagi satu peluang untuk kita. Kesabaran ye yang penting. Pesanan untuk diriku juaaaa.....

Berita gumbiraa! Bulan ni last aku keje! weehoooo! Good bye The Store. :P


The end. Good night. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...