Assalamualaikum. Aku tak boleh tido laa. Yes. Keje memang banyak. Sekarang ni aku sedang merehatkan otak dan minda setelah berhempas pulas membaca + buat nota anatomy. haha.
Aku cuma nak share beberapa perkara je.
Al- kisah, coursemate aku ditimpa kesusahan, luka di kaki. Atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, beliau terpaksa berjalan dalam keadaan yang penuh berhati-hati. Kebetulan pula pada waktu itu, hujan lebat membasahi bumi. Dalam perjalanan pulang, kiteorg naik lif. Tapi, alangkah sedih dan sadisnya bila tiba waktu nak keluar dari lif, orang berpusu nak naik lif. padahal lif tu muat nak sumbat semua yang ade mase tu. Coursemate aku ni dah lah ade kecederaan kat kaki, boleh pulak orang dgn selamba langgar dia sampai dia hampir jatuh. Nasib baik lah ade kawan aku lagi sorang papah dia. Yang paling tak boleh blaa tu, lelaki yang langgar dia. Lelaki tau! OH MY GOD! Dimanakah perasaan peka terhadap kesusahan orang lain? Tak tahu nak cakap macam mana....
Next, berbicara pasal naik tangga. Lebih- lebih lagi tangga yang tinggi ke langit. haha. Kadang- kadang aku nak turun tangga pun aku tengok kiri kanan, depan belakang. Tengok sama ada kat depan aku ade tak orang yang naik. Sebab, naik tangga lebih memerlukan tenaga berbanding menuruninya. kan? So, please have a pity for those who climbing up the stairs. Sila berikan laluan. Apalah salahnya jika kita yang menuruni tangga ni beri laluan kepada mereka. Tapi kalau dah kiri kana org naik tangga, tu memang tak dapat nak dielakkan lah! :P
tu je kot nak kongsi..
anatomy tersayang memanggilku utk membacanya. haha
Salam. :)
Sunday, October 23, 2011
Saturday, October 22, 2011
KAMI JUNIOR. THANK YOU SENIOR! :)
Assalamualaikum. Pagi- pagi yang begitu hening ni aku nak kongsi tentang orientasi kami. Aku sedikit lambat nak post perkara-perkara ni sebab aku sangat busy woo. Nak menulis kat blog sampai rase serba salah. HAHA! Banyak sungguh assignment kene buat. Dan yang sangat terhebat, semua kene hantar minggu depan weyyy! Kita layan lah gambar-gambar~
akhir sekali, thanks to our senior and super senior.. ^^
tu diaaa :)
btw, some photos are grabbed from kak Atikah M. Nawawi.
maaf penggunaan bahasa bercampur- campur.
jumpa lagi. ^^
salam :)
senyum :)
*sila abaikan model di belakang. :D
ni pulak model binaan kami. buaian. nampak comel kan?
bersama group lain.
TAPI......
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
......
ini hasilnya setelah ujian ketahanan dan keutuhan binaan diuji. hancus sudaa buaian kami yg comel ni. ahaks~!
btw, some photos are grabbed from kak Atikah M. Nawawi.
maaf penggunaan bahasa bercampur- campur.
jumpa lagi. ^^
salam :)
senyum :)
Sunday, October 9, 2011
SEMBILAN SEPULUH SEBELAS.
Assalamualaikum. Perasan tak tarikh hari ni? Cantik. 9/10/11. Sekarang ni tengah banyak gilaa assignment. T.T tension woo. Antara assignmentnya ialah, anatomy, NRS 404, dan health psychology. Yes! Untuk outline BEL aku dah siap, dah email kat lect. kekeke. NRS 404 dah cari bahan tinggal nak gather dalam group je. Insya Allah. Health psycho? anatomy? ehem. ontheway. haha.
Oh ya, hampir terlupa. Start esok sampai 16 oktober, ade orientasi kos. kiteorang kene buat video berkonsepkan 10 s dalam kejururawatan. Mahu tahu ape itu 10s?
1. Senyum.
2. Salam.
3. Sentuh.
4. Sensitif.
5. Segera.
6. Semangat.
7. Selidik.
8. Selia
9. Segak.
10. Sopan.
So, konklusinya, ade idea tak macam mana nak buat video nanti? kekeke. Lagi satu perkara kene fikirkan. >,<
Nursing equipment. Siapa cakap nursing ni kos cikai? Siapa kata nursing ni senang? Doktor lebih kepada curing disease, kami pula lebih kepada penjagaan pesakit. :)
Itu je nak kongsi. Okay. Bye. peace. (n_n)Y
Oh ya, hampir terlupa. Start esok sampai 16 oktober, ade orientasi kos. kiteorang kene buat video berkonsepkan 10 s dalam kejururawatan. Mahu tahu ape itu 10s?
1. Senyum.
2. Salam.
3. Sentuh.
4. Sensitif.
5. Segera.
6. Semangat.
7. Selidik.
8. Selia
9. Segak.
10. Sopan.
So, konklusinya, ade idea tak macam mana nak buat video nanti? kekeke. Lagi satu perkara kene fikirkan. >,<
Nursing equipment. Siapa cakap nursing ni kos cikai? Siapa kata nursing ni senang? Doktor lebih kepada curing disease, kami pula lebih kepada penjagaan pesakit. :)
Itu je nak kongsi. Okay. Bye. peace. (n_n)Y
Friday, September 16, 2011
Thursday, September 15, 2011
Approved!
Assalamualaikum. hehe. Masa lapang di isi dengan ber-online. Sementara assignment masih belum berlambak. haha. Kak Husna Hadzarami dah approve friend request aku kat facebook and she replied my wall post. Thank you kak husna. :) hehe.
Tuesday, September 13, 2011
UiTM PUNCAK ALAM
Assalamualaikum. Our first class will be started on Wednesday, which means tomorrow. :) Okay. Kali ni aku saja nak kongsi tempat aku belajar, UiTM Puncak Alam. Tempat ni seriously best! Thumbs up! Hehe. Sekitar kawasan kampus masih lagi dalam pembinaan. Banyak construction workers kat sini. Setakat hari ni, yang aku tahu, pembinaan yang dilakukan adalah Fasa 1, Zon 2. Semua kos akan ada kat sini (kalau tak silap aku lah), dan Puncak Alam bakal menggantikan Shah Alam sebagai induk. Nama pun kampus baru kan. So everything here are new. hehe.
Paling famous, tangga 'Batu Caves'. *sumber En. Google.
ni dewan kuliah.
view sekitar FSK 7
direktori pun amek? :P
kawasan fakulti.
keje giler lepas ronda kawasan fakulti. haha.
Okay. Yang seterusnya tak berkaitan dengan Puncak Alam. Caye x ni aku yang lukis? harhar.
Tu je yang nak dikongsi kali ni. Ok. Good night. Esok kelas aku pukul 8.30.. tskkkk..
Sunday, September 11, 2011
MINGGU DESTINI SISWA.
Assalamualaikum. Minggu Destini Siswa ( minggu oreintasi ) dah pun berakhir hari Jumaat lepas. Lambat sikit update. Enjoy mase tidur dulu. Haha. Nak berkongsi pengalaman mase MDS ni.
6 SEPTEMBER 2011.
Aku sampai kat UiTM Puncak Alam dalam pukul 8.30 pagi. Daftar kolej kediaman and bawak masuk barang. nasib baik datang awal, dapatlah rumah kat tingkat satu. Konsep kolej kediaman kat sini bukan lah macam dulu. It's more like an apartment, except it doesn't have kitchen. :D Dalam setiap rumah ada 4 bilik dan setiap bilik ada 2 orang. Aku dari Johor, whereas roomate aku dari Perlis. Great! Utara dan selatan. hehe. Tak sempat pun kemas barang- barang dalam bilik, kiteorang pergi keluar beli barang aku, dalam kawasan kolej je lah. Then mak abah bertolak balik JB dalam pukul 11 lebih. Pukul 4 baru kiteorang dikumpulkan. Bermulalah sesi MDS.
6 SEPTEMBER 2011.
Aku sampai kat UiTM Puncak Alam dalam pukul 8.30 pagi. Daftar kolej kediaman and bawak masuk barang. nasib baik datang awal, dapatlah rumah kat tingkat satu. Konsep kolej kediaman kat sini bukan lah macam dulu. It's more like an apartment, except it doesn't have kitchen. :D Dalam setiap rumah ada 4 bilik dan setiap bilik ada 2 orang. Aku dari Johor, whereas roomate aku dari Perlis. Great! Utara dan selatan. hehe. Tak sempat pun kemas barang- barang dalam bilik, kiteorang pergi keluar beli barang aku, dalam kawasan kolej je lah. Then mak abah bertolak balik JB dalam pukul 11 lebih. Pukul 4 baru kiteorang dikumpulkan. Bermulalah sesi MDS.
inilah roomate aku. <3 *ni tudung UiTM. seyes lembik and susah nak pakai. maka terpaksalah aku pakai macam selendang. :D
one of my housemate, ex-KMNS. :D
7 SEPTEMBER 2011
Pukul 5 pagi dah bangun, bersiap- siap untuk solat jemaah. Then ada kuliah subuh. Lepas bereakfast, kiteorang di bawa ke fakulti masing- masing untuk daftar. Berjalan kaki dari kolej ke fakulti. Menuruni anak tangga Tangga Kejayaan aka tangga Batu Caves. Lepas selesai daftar, balik semula ke kolej aku. Ehh, lupa pulak nak perkenalkan. Kami ditempatkan di Kolej Angsana. Lunch kemudian balik bilik kejap. Lepas solat Zohor kat bilik kiteorang dikumpulkan semula kat Kolej Angsana. Time ni dah mula hujan, and when we started to walk to the college, it rains heavily. Angin kencang okay. Sampaikan time aku berlari rase mcam kene terbang ditiup angin. And yes for sure, I'm wet.:) Tahap angin tu sampai merobohkan dan menumbangkan sebahagian khemah dan kerusi pendaftaran. Kuasa Allah. :)
tumbangg~
basah- basah!!
tukar baju. :D
Petang ada lagi aktiviti. Kami dibawa melawat sekitar kawasan fakulti, menuruni lagi anak tangga Tangga Kejayaan. Masa first time nak naik, ya Allah, aku rasa macam nak putus nafas. Dahla aku dgn roomate aku orang paling depan sekali. Bila dah sampai puncak, pehh, legaa giler. Abang fasi janji nak lepaskan kiteorang awal. Tapi lepas pukul 11, kiteorang gerak ke padang kawad. Ingatkan nak kene kawad malam- malam, rupanya tak. haha. Yang tak bestnya, kiteorang kene basuh habis- habis dgn abang akak fasi ni. Sebab kiteorang SKEMA! Seyes aku pun rase batch kiteorang macam uh, especilly boys. Sorry guys! :D balik bilik dalam pukul 2. Tak mandi, terus tidur sebab dah tak larat.
=..="
8 SEPTEMBER 2011
Macam biasa, kene bangun awal. Aku bangun before pukul 5. Around 4.45 gitulah. Tengok cermin je, haa kau! mata merah macam biji saga! Tak cukup rehat! :D Lepas solat subuh je, ade kuliah subuh. Haa, time ni best. aku dengan roomate aku apa lagii, tidurlahh! haha. Aku tidur dah macam roller coaster. kalau tak silap aku, petang kiteorang pergi Fakulti Farmasi. Ada perjumpaa dengan Penolong Naib Canselor.
9 SEPTEMBER 2011
Hoyeahhhh! Hari terakhir! :) Kiteorang pergi UiTM Shah Alam. Perjumpaan dengan Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar. Best gile dapat tgk dia secara live. Dalam talk tu, Dato' bercerita tentang pengalamannya untuk berjaya. Beliau sangat hebat okay! Aku bangga menjadi anak UiTM. and dia banyak ingatkan kiteorang pasal destini anak bangsa. Kitalah yang bakal mengubah nasib bangsa kita. Jangan nak cakap UiTM ni universiti low class okay sebab based on Dato', graduan UiTM lebih meguasai pasaran pekerjaan, around 80%. :)
Pulang semula ke Puncak Alam dalam pukul 5.30 petang. Jalan jammed. Haa kau, sampai je Palam, berkejaran nak pergi solat,lepas tu balik bilik, bersiap- siap untuk majlis penutup lepas Isya'. Kiteorang dikumpulkan sekali lagi dalam dewan kuliah di Fakulti Farmasi. Ada tayangan video korporat UiTM dan serba sedikit sejarah mengenai UiTM. Tak tergambar and can't express in words perasaan menjadi anak UiTM. Seperti yang diketahui, UiTM are for the bumiputras. Inilah benteng kita untuk mempertahankan bangsa. Dan bangsa kitalah yang akan terus mengekalkan Islam sebagai agama rasmi. :) Lepas tayangan, ade prank untuk budak- budak yg sambut birthday sepanjang MDS. haha. Cian kami. :D The time has come. Sesi untuk berendam air mata, touching2. Nak berpisah dgn abang akak fasi kan? Lepas ni dah tak de lah orang guide kami. All by our own. finally, ade sesi amek gambar mengikut kumpulan masing- masing. :') Semoga sukses akan berada dalam genggaman kami. Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)






































