Friday, May 25, 2012

kasih.

seperti yang anda tahu, saya dah mula menjalani latihan praktikal di hospital s_ _ _ _ _ _ _. hee. skema gila  ayat.

okay aku cuma nak kongsi pengalaman aku sepanajang dah seminggu berpraktikal. aku on duty kat wad perempuan. pesakit banyak yang perlu deal dengan operation theater. kasih yang aku cuba katakan ialah kasih seorang suami kepada isterinya. terharu aku tgk dari jauh. tskkkk...

si suami merupakan orang kelainan upaya, ada kekurangan fizikal. sang isteri pula sakit, ade jalani pembedahan. tiap- tiap hari aku nampak si suami datang melawat pada waktu petang. duduk kat tepi katil isteri dia. aku tak tahu nape aku rase terharu bila tengok pasangan ni.

yang lagi satu, masa aku first day praktikal. sorg patient ni nmpk teruk sikit keadaannya. dari segi pernafasan terutama sbb kena bg oxygen therapy. anak perempuan dia yang tiap2 hari yang jaga malam. kerap juga aku nampak suaminya datang melawat. one day, suaminya bacakan Surah Yaasin untuk dia. Alhamdulillah, dah bape hari ni aku tgk keadaan dia nampak ade perubahan.

bila dah tgk situasi kat hospital, tgk org2 tua ditemani anak cucu, ibu yang ditemani suami dan anak- anak, aku teringat kat arwah tok bak.. rindu kat mak abah. wohh, sebak pulak. mak abah banyak berkorban untuk aku. semoga apabila mereka tua nanti, aku dapat menjaga mereka sebaiknya, insya Allah. Amin. :')

Monday, May 21, 2012

terpisah oleh lautan.

kenangan mase aku balik hujung minggu. :')

YA ALLAH, kiranya jarak ini membuahkan rindu antara kami, sesungguhnya rindu yang terhasil ini adalah kerana Mu YA ALLAH, walau sejauh mana kami berlari, dan kiranya jodoh itu masih milik kami, KAU tetapkanlah hati kami selamanya. 

Ya Allah, tidak pernah aku merasakan rindu seperti ini yang begitu hebatnya.
kerinduan yang dipisahkan oleh lautan ciptaan-MU YA ALLAH.
Dalam kerinduan ini, janganlah aku lalai daripada mengingati-MU YA ALLAH. 
Tetapkanlah hati ku untuk sentiasa mengingati mu. Amin.
Insya Allah.



Thursday, May 10, 2012

SETIAP ORANG BERBEZA

Assalamualaikum. Hari yang memenatkan. Bangun pukul 6.30 pagi, pukul 11 malam td baru balik bilik. Sebab apa?
Hehe. Tadi kami semua pergi rakaman LIGA ILMU yang dirakam kat DK 500. Actually perkara ni tak dijangkakan sebab petang tu aku dengan yang lain ada latihan koko untuk sebuah unit beruniform ni. Then latihan kami terhenti.

kami diminta untuk menghadiri rakaman Liga Ilmu. mungkin sebab nak nampakkan dewan penuh. Khabarnya berlaku pertukaran tarikh. Entahlah. Aku tak sure pasal ni.

Apa yang aku nak kongsikan malam ni ialah tentang kejadian petang tadi. Lepas beratur dalam tiga baris, kami pun turun ke kawasan fakulti. Berjalan kaki lah kan. Dah jalan secara laju ni. Pulak aku memang tak balik bilik sebelum tu, so kenelah angkut beg aku yang ada buku anatomy dalam tu. Berat jugak ahh. Semputt weh. Finally aku dgn deeya tinggalkan je beg kat tangga sebab hasrat kami berdua nak letak beg kat kawasan bawah kolej dihalang oleh seorang senior. Bawak je barang berharga. Dah lah nak turun anak tangga yang beratus jumlahnya. Aku makin tak larat. Sampai je kawasan fakulti, sape yang lambat memang kene jeritlah.

Tak sampai lagi dewan kuliah tu, so dowg suruh percepat langkah dengan berlari. pehh. Perut aku dah lah lapar. And time ni lah pulak asma nak menonjolkan diri. Sesak nafas woh. Sampai je depan Dk, aku batuk sikit and nak termuntah. Mula- mula boleh tahan, tapi sebab angin banyak kot. Muntah gak. Dah lah aku tak tahu toilet kat mana sebab aku tak tahu selok belok fakulti farmasi. Muntah dah kat dalam mulut. Aku tak nak terus meluru keluar daripada barisan. So aku bagi isyarat kat senior perempuan ni. Tapi malangnya dia tak faham. Siap boleh tinggi suara kat aku. Nok, mulut aku ade muntah, macam mana nak cakap? Nasib baik mase tu kat baris depan ade kwn aku, tolong jawabkan utk aku. then aku bg isyarat bahawa aku nak muntah and i need to go to toilet kat senior lelaki. Dia suruh aku pergi toilet dekat dengan dewan. yang buat aku kecewa, senior perempuan tu boleh nak suruh aku pergi toilet lain, dah lah aku tak tahu selok belok bangunan fakulti farmasi ni. Nasib baik senior lelaki tu faham. Tabik ahh.

Apa yang aku nak kaitkan dengan tajuk entry, aku dengan senior tak sama. Aku tahulah stamina kau kuat. Weekend ade training, joging dari kawasan kolej ke fakulti. Tapi aku tak macam kau. Plus, i got asthma. Aku tak mintak pun nak ade sakit ni. In fact baru muncul asma ni sem lepas. Sebelum ni aku sihat walafiat je. Pernah tak kau fikir keadaan orang lain? kawan aku ada gak yang asma, tapi untung lah asma tak attack mase tu. pernah tak kau fikir kalau tetiba ade pelatih collapse? lagi satu kalau boleh, kurangkanlah ke-emo-an anda. Kami respect golongan seperti anda, tapi kenapa harus emo lebih? please ahh. okay aku dah penat. sakit kepala tak cukup rehat dari petang tadi non stop aktiviti. need to sleep. salam :)

Tuesday, May 8, 2012

entry sentap


Assalamualaikum. Emo betul malam ni. Tergendala semua kerja. Padahal banyak pulak tu. English hantar khamis ni. CTU present minggu depan, anatomy pun due minggu depan. Ahh. tension betul, kenapa mesti nak emo eh?


dah macam- macam fikir. mesti mak dia marah kat aku. mesti mak dia tak suka aku.. macam mana kalau.... ahh.. bukan- bukan fikir. penat menangis. hati sendiri yang terasa, pujuk diri sendiri.

aku merajuk, dia pun tak pujuk. i'm not being childish ok. and i'm not a robot. aku ada hati dan perasaan. and aku tak kuat? will you understand me? will you bebeh?

bukan aku salahkan family dia, jauh sekali aku nak salahkan dia. yelah, mmg salah aku mase tu kan. tapi sape suruh tdo awal?

sedih nok bila dgr kau cakap macam tu. kau tak rasa. aku yang rasa, sbb aku yang buat. what if mak kau marah kat aku? boleh ke mak kau terima aku? i have nothing mann! nothing! no skills at all. first time aku rasa sentap nak mam**s. hujan bilik aku. tergendala semua kerja aku. layan lagu jiwang, lagu sedih, ehem, lagu nasyid pun masuk. haha.

aku tak refer kat kau bahasa aku kau ni. just monolog aku. yeah. aku mmg suka monolog nih. so, jangan terasa. aku masih sayangkan kau.

sabarlah wahai hati. mungkin lepas ni kau kene lebih fokus kat study. patah hati buat aku kecewa, selalu makan hati sampai sekarang aku pun tinggal tulang. kekeke. ok itu perasan je lebih. haha.

kali pertama untuk sem ni, aku tdo paling lambat. lepas ni nak g iron baju untuk esok pulak, esok ade kelas anatomy 3 jam. diikuti dengan kelas yang bakal di extend sampai pukul 6. harap2 tak extend. penat weh. berhenti emo boleh? awk pun silalah tolong jangan buat saya emo. TQ :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...