Friday, March 11, 2011

FAKTA FAKTA FAKTA

Assalamualaikum. Kali ini ada entry menarik yang ingin dikongsi bersama. Tentang diet. DIET. Rasanya perkara ini harus diamalkan sebab berikut adalah amalan diet Rasulullah.

1- Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan makan nasi.

2- Tidur satu jam setelah makan tengah hari.

3- Jangan abaikan makan malam kerana dikatakan mereka yang meninggalkan makan malam akan 'dimakan' usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

4- Dilarang makan makanan 'darat' bercampur dengan makanan 'laut' kerana ia memberi kesan jangka masa panjang. Elakkan makan bersama:
~ Susu dan daging.
~ Daging dan ikan.
~ Ikan dan susu.
~ Ayam dan susu.
~ Ikan dan telur.
~ Ikan dan daun salad.
~ Susu dan cuka.
~ Buah dan susu.
>> Nabi pernah melarang kita daripada makan makanan berasakan iokan bersama susu kerana dipercayai cepat mendatangkan pennyakit. Ini terbukti melalui kajian bahawa daging ayam mengandungi ion (+) sedangkan ikan mengandungi ion (-). Oleh ituu jika makanan ini bercampur, akan terjadi reaksi biokimia yang merosakkan usus.

Selain itu, al-Quran juga mengajar kita supaya menjaga kesihatan melalui amalan berikut:
1- Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak.
2-Rasulullah mengamalkan minum air putih pada setiap pagi. Insya Allah dapat menjauhkan daripada mendapat sebarang penyakit.
3- Waktu solat Subuh, disunatkan betafakur (sujudsekurang-kurangnya seminit setelah membaca doa). Kesannya untuk elak sakit kepala atau migrain. Ahli sains yang membuat kajian mendapati terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah dalam kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah tersebut akan mengalir ke ruang tersebut.

RENUNG-RENUNGKAN DANS SELAMAT BERAMAL. :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...